Buat seorang insan
yang aku sayang
Di daerah sepi ini
kita bertemu
Pertemuaan mula
masing-masing diam kaku berat melontar kata
dan tanya
Hubungan akrab mula
terjalin
Kita susur
jalan-jalan liku
Mencari pelangi indah
dalam terang
dalam kabus
dalam gelap
tanpa lelah
Ingat lagi…
Kita sama-sama
berangkat ke satu daerah
Kita cari nilai diri
Kita cari bahagia
Kita cari sesuatu
yang berharga
Walau kita tewas
kita sabar kita yakin
kita boleh
capai dan gapai
Kita duduk sama-sama
berfikir, tenung dan rancang
Buang sebahagian yang
pudar dan berkabus
namun
Kita tetap akrab
dalam semua
Ceria walau gundah
Senyum dibibir
menangis dihati
Suatu ketika kita
betul tewas
Namun
Kita bangkit
Bangkit dengan sejuta
persoalan
Siapa dirimu dan
siapa diriku
Lakonan di atur dalam
mencari sebuah
kepastian
Akhirnya…
Terjawab persoalan
Pertanyaan
kegusaran
Lajunya saat lajunya
derai
Hancur luluh
Tapi….
Kenangan
Kebahagiaan
Yang pernah dicipta
tanpa fikiran
buat kembali sedihnya….
Kau jejak jua daerah
sana
Dalam seribu
kepayahan
Mungkin kerana
sayang
Tidak kau ambil
peduli
Asalkan dirimu
terdetiik bahagia di daerah itu
Aku hulurkan jua
Kerna itu
membahagiakan kita
Pengorbanan ada juga
saat bahagia
Namun duka yang lebih
…
Pelangi yang kita
kejar dulu
Makin jauh
Makin pudar
Kita rebah tersadung
akar luka
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....
0 komen:
Catat Ulasan