30 Ogos, 2012

Sahabat..

بسم الله الر حمن الر حيم



Tak pernah dia mengungkapkan kata pergi
Tak pernah dia mengatakan kalau tak dapat berjumpa lagi
Tapi sungguh ku tak sangka
Pada pagi ini perkataan itu muncul darinya
Pada ketika aku akan melangkah ke destinasi aku mengenali dia
Pada saat aku rasa sangat hampir untuk bertemunya
Tapi segalanya bagai hancur luluh
Tak dapat aku menahan air mata ini
Terasa sebak didada
Hanya satu persoalan dalam benakku
Adakah dirinya sakit?
Dia pernah menyatakan demikian padaku
Adakah kerana sakitnya itu membuatkan dia berkata begitu
Tapi kenapa secara tiba-tiba
Adakah tak tertahan lagi sakitnya?
Ya Allah..kuatkanlah hambamu itu dalam menghadapi ujian-Mu
Ya Syafi..Yang Maha Penyembuh..sembuhkanlah dia
Kembalikan semula keceriaan dan kesihatannya
Aku ingin melihat senyumannya lagi
Aku ingin melihat gelak ketawanya lagi
Tapi itu jika benar tanggapanku
Jika lain sebab mengapa dia berkata demikian
Sungguh aku tidak tahu..
Aku hanya mampu berdoa agar Allah mengurniakan keselamatan pada diri dan keluarganya
Sesungguhnya dialah sahabat yang datang memberikan cahaya ketika aku dalam kegelapan
Memberikan kompas ketika aku kehilangan arah
Tiada ungkapan yang dapat kugambarkan mengenainya
Yang ku tahu aku amat menyayanginya sebagai seorang sahabat
SAHABAT SEJATI..
Semoga kita berjumpa lagi SAHABAT…

kalau lepas ni sy xdpt jmpa awak lg,sy nk awak tau yg awak adalah shbt sy yg trhebat dan sgt istimewa.trima kasih sbb jdikan hari2 sy warna warni seperti pelangi.doakan sy dalam stiap kiriman doa awak..”

InsyaAllah sahabat akan ku terus mendoakan mu..=’)
Kau sahabatku kau teman sejati….





 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

29 Ogos, 2012

Kecepatan masa

بسم الله الر حمن الر حيم السلام



Kecepatan masa berlalu
Sungguh ku tak sedari
Bagaikan kelmarin aku baru tiba di sini
Disambut oleh senyumannya yang mekar
Kerana dia tahu dia tidak akan sunyi lagi
Hatiku juga berbunga riang apabila melihat wajah sucinya
Sudah lama aku berpergian kini aku kembali
Tapi hari ini aku sudah perlu melangkah pergi
Meninggalkan yang ku sayangi
Meninggalkan wajah yang sungguh tak akan puas ku tatap
Aku tahu dalam hatinya meratap sedih
Dirinya akan ditinggalkan lagi
Dia akan sunyi kembali
Tapi sungguh dia tak akan luahkan
Seribu satu perasaannya ketika ini
Demi melihat aku melangkah pergi untuk mencapai mimpi
Dialah seorang IBU
 

السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

 sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

Seorang ibu..seorang ayah..

بسم الله الر حمن الر حيم


Seorang wanita bernama ibu.
Seorang lelaki bernama ayah.
Dua jiwa ini bersatu melahirkan zuriat bernama anak.
Tidak mustahil suatu hari nanti si anak akan menjadi ibu.akan menjadi ayah.
Tapi..
Apakah yang si anak itu sudah menjadi anak yang soleh?yang solehah?
Sebelum memikir yang lebih jauh mari sama-sama kita merenung kembali.
Sejak kita mula mengenal dunia sehingga kita sudah bosan dengan permainan dunia.
Apakah kita ini langsung tidak pernah berbuat dosa pada kedua ibu dan ayah kita?
Apakah kita tidak pernah membuatkan mereka terluka?
Apakah kita tak pernah mengecewakan mereka?
Di waktu kita kecil.ibu sanggup berjaga malam demi menjaga kita.
Jika dapat sekehendaknya dia tak mahu seekor hama dan nyamuk pun menyentuh kita.
Ibu sentiasa bersama kita sewaktu kita susah.sewaktu kita sakit.
Aduhai anak pernahkah kau fikirkan semua itu?
Dulu ibulah kawan karib kita.sahabat sejati kita.
Tetapi kini setelah kita mengenal dunia, ibu pun kita lupakan.kita abaikan.
Apakah kondisi diri ibu sekarang?adakah sihat?sakit?
Adakah kita selami kesakitan yang ibu tanggung?
Kita semakin berganjak dewasa.
Ibu sedang membilang usia.
Seukir senyuman ibu menyembunyikan sejuta penderitaan.
Ibu, sungguh besar pengorbananmu.
Walau senakal mana anak mu engkau tetap mendoakan yang terbaik untuknya.
Jarang sekali mendengar keluhan dari mulutmu ibu.
Ya Allah..ampunilah dosa ibu dan ayahku.
Panjangkanlah umur mereka.
Kasihanilah mereka sepertimana mereka telah mengasihaniku sejak kecil hingga sekarang.
Ya Allah Tuhan Yang Agung.Penguasa Langit dan BUmi..
Berikanlah ketabahan dan kesabaran ke dalam diri mereka dalam menghadapi ujianmu YA Rabb…
Sesungguhnya kami amat menyayangi mereka.
Jika  Kau lebih menyayangi mereka.. dekatkanlah mereka dengan kalimah MU
Kalimah Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah Tiada Tuhan selain Engkau Ya Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah…
Ya Allah ampunilah dosa kami sebagai anak..
Sekiranya kami pernah menyakiti hati kedua ibu dan ayah kami.
Kami pernah mengecewakan mereka.
Kami pernah meninggikan suara kami terhadap mereka.
Kami pernah menderhaka terhadap mereka.
Ampunkanlah kami ..sesunggguhnya Engkaulah Maha Pengampun.
Amin ya Allah..





 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

28 Ogos, 2012

Persimpangan ini..

بسم الله الر حمن الر حيم



Persimpangan ini..

Aku dipersimpangan ini
Jalan mana harus ku tempuhi
Jika ku pilih jalan ini
Ada jiwa yang dilukai
Ada hati yang disakiti
Jiwa yang amat menyayangi
Hati yang amat mengasihi
Diriku ini..

Jika ku pilih jalan itu
Mungkin jiwa ini yang akan terseksa
Mungkin hati ini yang akan menangis..
tetapi itu sekadar mungkin

Aku dipersimpangan ini
Antara kasih dan mengasihi
Antara dekat dan jauh
Antara jelas dan kabur
Antara pasti dan belum pasti
Mungkinkah aku sudah melukai hati insan yang menyayangi diri ini
Mungkinkah aku sudah membuatkan dirinya menangis
Tidak pernah aku memberikan harapan
Sesungguhnya cinta dan sayang itu milik Allah
Dialah yang berkuasa memberikan kepada sesiapa pun
Setiap insan layak untuk mencintai
Tapi adakah cintaku padanya?
Adakah cintaku bukan padanya?
Siapakah yang harus aku berikan cinta ini..

Aku dipersimpangan ini
Menanti sesuatu yang belum pasti
Adakah salah diriku
terus menyorok rasa dan perasaan
aku benar-benar berada 

DIPERSIMPANGAN…





 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
 sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

27 Ogos, 2012

Kesunyian ini

بسم الله الر حمن الر حيم





Dalam kesunyian ini
Aku meratap kesepian
Tanpa insan di sisi
Tanpa teman yang menemani
Yang ada hanyalah Cuma kesunyian..

Dalam kesepian ini
Aku merasai jiwaku kosong
Aku takut dalam kekosongan ini
di isi dengan kejahatan
dengan kemaksiatan terhadap Tuhanku

aku keliru..

aku buntu..

Apakah sebenarnya yang aku cari sini
Apakah sebenarnya kemahuanku
Punya teman di sisi..aku sisihkan
Punya insan yang menyayangi
Tapi aku buta hati dalam menilai
Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Berikanlah padaku petunjuk
Adakah benar tindakanku
Engkau sentiasalah bersama daku
Kerana aku hanyalah hamba yang lemah
Hamba yang tiada sebarang upaya
Engkaulah pemilik segala Cinta
Kurniakanlah padaku cinta yang hakiki…
Amin Ya RABBi



 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ