28 Januari, 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

بسم الله الر حمن الر حيم
 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 
_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

credit to : http://mujahidah2u.blogspot.com

24 Januari, 2013

cerita 24 Januari

بسم الله الر حمن الر حيم
 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Rasa macam nak update blog tapi xdak mood pulak. Sori kawan. Lain kali aku cerita cerita guwa. Malas ya amat sekarang ni. Al maklumlah sedang bercuti kat rumah. Nak buat apa benda semua malas. Petang tadi baru ja nak rajin sikit, nak potong rumput. Tetiba hujan turun. Batal ja la niat guwa yang rajin tu. Ayah guwa dah bising-bising banyak hari dah suruh abang guwa potong rumput sekeliling rumah. Tapi abang guwa ni rajinnya tak maintain. bangun pagi pukul 11. camna nak potong rumput tetengah panas. Yang guwa ni pulak bukan malas tapi nak potong guna mesin rumput faham-faham ja lah. Bunyi mesin tu dah macam motorboat. Guwa xmau la ganggu jiran-jiran sebelah rumah. Guwa kan jirang yang baik..ekekeke..alasan ja tu. Sebenarnya guwa xreti pun nak guna mesin tu. Tapi InsyaAllah pagi esok guwa try guna sebab petang tadi abang guwa ada ajar skit-sikit nak guna benda alah tu. Semoga x ada kemalangan jiwa yang berlaku..hahaha

Sejak guwa balik rumah ni, guwa terperap ja dalam rumah. Tapi xpa.dok dalam rumah boleh jaga kulit. Kulit guwa jadi cerah dan putih berseri-seri..hahaha..tolong jangan muntah dengan statement guwa. Guwa gurau-gurau ja. GUwa sedar. guwa x putih sejak azali. Gunalah Fair & Lovely banyak mana pun. Tak putih-putih jugak...Alamak..abang guwa bawak baby letak sebelah guwa pulak. Tapi takpa. dia tak nanges. dia budak baik..hehehe..guwa nak teruskan cerita guwa..Ehhh..mana ada guwa cerita kan..xdak cerita malam ni. Takpalah malas dah guwa nak merapu lain kali pulak. nak belasah baby kat sebelah guwa ni..buas pulak dia...


sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

20 Januari, 2013

Aku Mahu Pulang

بسم الله الر حمن الر حيم
 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Aku dan 20 Januari 2013..
Agak-agak apa akan berlaku pada tarikh ini? haaa..cer teka? Tarikh ni adalah tarikh hari ni lah..haha..Tengok tajuk entri pun dah tahu apa akan berlaku. Yup. Aku Mahu Pulang. Tapi,,pulang ke mana?? Pulang ke pangkuan jalan? Pulang dari kerja? Pulang dari sekolah? Atau pulang ke Pangkuan Yang Esa..yang tu aku tak tahu. Allah Yang Maha Mengetahui akan ajal hamba2-Nya..Wallahualam..

Sebenarnya aku akan pulang ke rumah. Rumah kat mana? Mestilah kat atas bumi Allah ni jugak.Rumah aku kat mana lagi..Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani,Kedah...Anak Kedah,,Berdarah Hijau Kuning Akan Begitu Selamanya..hahaha..terasa poyo pulak..heheh. Dah hampir sebulan aku tak balik rumah setelah bertarung menghadapi peperiksaan Akhir semester 1 sesi 2012/2013 (bagi aku dah 3 sem la aku kat UniMAP-dah separuh jalan). Takpalah. Aku bukan nak cakap pasal exam tu pun. Bak kata kawan rapat aku,"Past is Past". =)

Mungkin ni lah entri terakhir aku kat blog ni untuk Semester ni kat UniMAP. Betul la kan? Kejap lagi aku dah nak balik rumah. Jumpa Ayah Bonda yang dah lama aku tak hubungi..ish3..teruknya aku..Inilah masanya aku nak pulang. Dah sampai masa..Semoga perjalanan aku nanti dilindungi dan dipelihara oleh Hadrat Yang Maha Kuasa. sebelum tu nak bagitahu la. Aku balik ni naik motor. Motor kesayangan aku. EX5 Dream..PJA 9412. Nak tahu kenapa motor kesayangan aku? Nantilah aku cerita lain-lain waktu. Aku dah tak sabar nak balik ni..hehehe. Barang pun packing tak habis lagi...huhu.

Okeilah. cukup rasanya celoteh aku kali ni. Usia panjang aku terus menulis..menulis tertulis..tertimbus terbenam..Jumpa lagi..Jadilah Warganegara yang cemerlang..dunia dan Akhirat..

Assalamualaikum WBT.

18 Januari, 2013

Kisah 18 Januari 2013 (samb.)

بسم الله الر حمن الر حيم
 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Malam dah larut...eh?? baru pukul 11.00 malam???? hurm..bila duduk sorang2 ni rasa semuanya lambat berjalan. Oh!Sunyinya aku dikala ini..siapakah yang sudi menemani diriku yang keseorangan..hahaha..jiwang konon..okei.cukup. Dah duduk sorang2 ni sebelum mata aku terpejam, nak sambung sikit la pasal entry yang sebelum ni..tapi masih tarikh yang sama 18 Januari 2013..tadi aku ada mention nak cerita pasal kawan rapat aku perihal dalam bas tadi. Semasa di dalam bas dia duduk sebelah sorang pakcik ni. Anggaran umur ntah la..kawan aku cakap pakcik ni nak ke rumah anak dia tapi dia tak tanya pulak rumah anak pakcik ni kat mana. Okei tu tak jadi masalah. Aku nak cerita kat sini apa yang kawan aku ni bagitau aku Pakcik ni pandang dia dalam2 atas bawah. Sampai juling mata katanya. Tak dapat bayangkan macam mana julingnya tu. Sebenarnya aku selalu juga perasan kalau ada perempuan atau anak dara lalu dan kebetulan ada orang 'tua' kat situ aku tengok bukan main lagi pakcik2 ni mengusha. kat sini aku nak mention aku tak usha perempuan tu la, aku cuma tengok reaksi pakcik tu. Bukan satu dua kes aku tengok macam tu, banyak kali jugak la. Benda tu buat aku terpikir. Ingatkan dah tua tak ada nafsu dah nak pandang tu semua tapi mungkin aku silap. Lelaki kan masih 'kuat' walaupun dah berusia..hehehe. Tapi tak tahu la. Tu cuma pandangan aku ja. sekarang aku belum masuk fasa tu lagi. Berkahwin pun belum.Jadi aku tak dapat nak selami apa yang golongan ni rasa. sekali lagi aku tekankan..sekadar Pandangan..

Cukup pasal cerita kawan aku ni..
Tadi lepas saja balik dari solat jumaat, angin kat wang ulu ni kuat sangat. lain macam kuatnya. Ingatkan nak hujan petang tadi. Tapi tak hujan pun. Kawan aku, si Duke ni datang bilik aku..dia tanya aku angin kuat ni perkara biasa ka atau memang musim dia? aku cakap ntah la. mungkin musim dia kot. Pastu kawan aku cakap bala nak datang apa..Sebenarnya kawan aku ni bukannya meramal. Tapi berdasarkan pengalaman tsunami yang melanda negara sebelum ni ada kejadian2 yang aneh berlaku sebelum tsunami tu berlaku. aku dah tak ingat apa kejadian2 tu..erm,...manusia mudah lupa. Cuma insaf bila kejadian tu berlaku depan mata. Bila dah berlalu terus lupa tanpa ambil pengajaran. aku jugak tak terlepas dari sifat tu..astaqfirullahalazhim...
Sampai malam ni pun angin agak kuat. Mudah2an tak ada apa-apa yang berlalu. tapi jika ada perkara berlaku. tu semua di tangan Tuhan..Allah SWT.

Petang tadi jugak kawan rapat aku ni message aku. Dia cakap pasal pakcik yang duduk sebelah dia dalam bas tadi. Pakcik yang 'usha' dia tu. Dia bagitau pakcik ni nak ke rumah anak dia kat Teluk Intan. Okei. Tak la salah Pakcik tu naik bas sebab bas tu pun akan berhenti kat Ipoh. Mungkin bas yang terus ke Teluk Intan tak ada kat stesen bas Kangar. Tapi kawan aku cakap pakcik tu tak tahu macam mana nak ke Teluk Intan dari Ipoh. Aku dah mula pelik. Pastu pulak kawan aku cakap anak pakcik tu tak bagi duit untuk ke rumah anak dia tu. Jadi, kawan aku yang memang baik hati ni hulurlah sedikit wang kat pakcik ni untuk dia teruskan perjalanan ke rumah anak dia kat Teluk Intan. Siap cadangkan pakcik ni naik bas atau teksi. Aku bukan nak salahkan kawan aku tu. Tapi aku pelik. mana anak pakcik tu? takkan biarkan seorang ayah tua naik bas tak tentu hala?siap blur2 lagi kawan aku cakap. Takkan pakcik ni tak ada duit langsung. Mungkin betul jugak pakcik tu tak ada duit. Jadi, ditakdirkan bertemu dengan kawan aku tu. Tapi nanti kalau dah sampai di Teluk Intan, macam mana dia nak cari rumah anak dia? Sedangkan dari Ipoh pun dia dah tak tahu nak naik apa. Sebenarnya yang berlegar dalam kepala aku mungkin kawan aku ni kena tipu. Tapi entah la. aku pun tak tanya sangat macam mana pakcik ni. Semoga aku silap..Ya Allah, ampunkanlah daku jika apa yang bermain dalam fikiran hamba-Mu yang lemah ini satu kesilapan kerana memikirkan dan bersangka buruk terhadap sesama manusia.. 

Masa berlalu..
Selepas maghrib tadi kawan aku, si duke dah pulang ke kampung. Dia orang Pahang. aku ada tanya dia. kalau bas pukul 9.00 malam pukul berapa sampai sana. dia cakap dalam pukul 7.00 pagi macam tu la..hurm, jauh jugak la..aku tak pernak jalan jauh2 macam tu. Mungkin belum ada rezki kot. Nanti akan sampai masa jugak. Mana tahu aku boleh ke luar negara ka suatu hari nanti..siapa tahu kan. Jauh tu..bukan ja naik bas,,siap boleh naik flight...hehe..Jadi secara rasminya tinggallah aku sorang2 tanpa rakan perjuangan di sisi2. aku pun rasa tak lama dah nak duduk sini. aku pun nak kena beransur pulang. In shaa Allah..aku akan pulang jua..acewah..ayat x leh bla..hehe

Okei..jam dah hampir jam 12.00 tengah malam. Aku tak mau enrti aku ni jadi tarikh lain. aku nak 18 januari juga...Jadi,,aku behenti di sini. Ada masa.ada kesempatan.ada ruang dan masa aku akan terus menulis.menulis tertulis...eh,,silap..tertimbusterbenam..semoga apa yang berlaku pada hari ini..terus terbenam dalam lubuk hati ku. Terus ku jadikan kenangan terindah kerana mana mungkin perkara hari akan sama berlaku pada hari esok.
Semoga berjumpa lagi..
jadilah Warganegara yang cemerlang..Dunia wa akhirat..

Assalamualaikum WBT

#nota kaki: tiada kebetulan dalam kehidupan kita..semuanya takdir yang dah tertulis..

p/s:nak membetulkan kesilapan yang aku tulis. aku ada tulis kebetulan jumpa kawan rapat,,silap sebenarnya..yang betulnya..dah ditakdirkan aku jumpa kawan rapat aku..:)

kisah 18 januari 2013

بسم الله الر حمن الر حيم
  السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Hari ni..Jumaat 18 Januari 2013..
Ramai kawan yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Awal pagi tadi hantar sorang kawan ke stesen bas Kangar, nak balik Selangor. Kebetulan kawan rapat pun nak pulang ke rumah pagi ni, terserempak la dengan dia kat stesen bas. sempat berborak kejap sebelum dia naik bas. Malas nak tunggu lama-lama kat situ, terus ke Jabatan Bendahari untuk bayar saman. Saman ni dah 1 sem kena sebab rumah untuk sem lepas tinggal dalam keadaan kotor. tak tahu la kotor macam mana. Tapi takpalah. tu kerja pengurusan. Sebagai orang bawah kena ikut saja. Kita kat tempat orang kena ikut peraturan tempat orang la. takkan buat kepala angin sendiri. Bila dah kena saman baru nak bising.

Selesai urusan di Jabatan Bendahari, cadangnya nak terus balik ke wang ulu. Tapi bila tengok jam dah pukul 9.45 pagi. teringat housemate pun nak balik pagi ni. dia tak minta tolong hantarkan kat stesen bas sebab dia kata dia independent punya orang. Boleh naik bas shuttle UniMAP. lantak kau la Fadil..haha. so, tunggu dia kat kangar saja lah. Masa Atas motor tengok meter minyak pun dah bagi warning. Dah dekat takuk merah dah. Jadi terus ke stesen minyak petronas. Isi la minyak..

lepas isi minyak terus ke Kangar semula. sampai sana, parking motor..tunggu kejap ja si Fadil boroi pun sampai..haha(sori fadil. aku kutuk hang dalam blog aku)..Bila dia nmpak ja aku ada kat situ dia terkejut sebab x bagitau dia pun nak tunggu dia. dah alang-alang kat kangar. Jumpa la kejap. Lepas ni pun belum tentu boleh jumpa lagi..huhu. Memandangkan masa tu baru pukul 10.00 pagi, bas dia pukul 10.30 pagi kami sarapan dulu kat kedai mamak. Aku meng'order' roti kosong dua dengan teh tarik. si fadil ni pulak dah lapar sangat terus baham nasi lemak dua bungkus yang memang ada atas meja yang kami duduk..Lepak la kami kat kedai tu sambil tunggu bas. Tunggu dan tunggu, bas pun datang. Jadi, gerak lah si fadil ni balik ke destinasinya. Manjung, Perak. Rumah si Fadil ni dekat ja dengan Kawan rapat yang aku mention tadi..pagi ni ja 3 orang kawan yang pergi meniggalkan aku..huhu..sedih ni sedih...:'( (sedih la sangat..hehe)

dah Fadil pun gerak naik bas, aku pun gerak balik wang Ulu..baru teringat tadi ada sorang kawan yang belum balik order makanan. kat sana semua kedai dah tutup. Budak ni dari semalam tak makan. Orang ketuk pintu nak ajak makan dia tidur pulak. takpalah. tu perut dia. aku singgah kat kedai makan Peladang kat area Bintong. Beli nasi lauk ayam dengan sayur taugeh kat dia. tadi tanya dia, dia cakap apa-apa pun boleh. aku pun boleh la..dah beli, sampai ja kat kolej kediaman. aku cakap sori lambat sebab teman Fadil kat stesen bas tadi..dia cakap takpa. Ambik2 ja makanan dia terus makan dengan lahapnya..orang tengah lapar. bagi batu pun dia telan..kehkehkeh..okei.hiperbola ja. kawan aku ni nama dia Firdaus tapi orang panggil dia duke keduk. Ntah mana dia dapat nama tu. Lantak dia la..

Lepas tu aku balik bilik aku, ambik baju yang dah seminggu tak basuh masukkan dalam mesim basuh. Biar lah mesin tu buat keja dia. Dah nak cuti sebulan tak kan tak basuh baju tu kot. berkulat pulak naya ja aku..jadi,,aku tak boleh la nak balik rumah dalam masa terdekat ni. kena la settle semua benda baru pulang dengan hati yang aman dan tenteram ke kampung terchenta..

Okeh dah panjang aku menaip hari ni. Lagipun Hari ni Jumaat. Kenalah bersiap2 ke masjid. Aku kan muslim. Lelaki pulak tu. Bukan ada keuzuran apa2 nak skip2 solat Jumaat ni..sebernar ada benda lagi aku nak cerita pasal kawan rapat aku ni. Cerita dia dalam bas tadi..tapi xpalah..nanti2 lah sambung kalau aku ingat..apapun..Semoga Allah melindungi dan memelihara kawan-kawan aku dan selamat sampai ke pangkuan ke keluarga..=)

Jumpa lagi..Salam Jumaat..

Assalamualaikum...


17 Januari, 2013

Hati Tetap Sama

بسم الله الر حمن الر حيم


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.

Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini … maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha… Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam pernigaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit….

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih… akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar… tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama. ?

Bijak dan baik sungguh aturan Allah.   Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit… kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan… Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrem pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya… yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus… kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula… kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga… tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi… ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, “ ini semua hasil usaha saya…” Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, “semua ini sudah takdir…”Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan… Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama…kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!

~Ustaz Pahrol Mohd. Juoi~


 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

16 Januari, 2013

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah
Diri ini sangat bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana Engkau telah mengizinkan hamba-Mu ini meneruskan sisa-sisa hidup di atas dunia ciptaan-Mu..alhamdulillah...

Sekali lagi ucapan alhamdulillah kerana pada hari ini telah selesai peperiksaan akhir semester 1 untuk Tahun ke-2 di UniMAP. Walaupun pada awalnya rasa sungguh perit akibat kesilapan diri sendiri, tetapi Allah masih jua memberikan ruang dan peluang dan kemudahan untuk menjawab peperiksaan. Nikmat kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan sangat ku bersyukur. Tiada halangan atau rintangan yang maha hebat terpaksa aku lalui..Alhamdulillah...

Sesungguhnya banyak yang telah ku pelajari sepanjang semester ini. Ingin ku sesali yang lepas sudah tiada guna kerana bak kata P.Ramle.."barang yang lepas jangan dikenang. kalau dikenang meracun diri". Ada benar kata-kata itu. Kalau terus di kenang perkara yang telah berlalu hanya membuat dan menambah duka di hati. Biarlah itu terus menjadi sejarah yang tersemat di lubuk hati kecil ini.

"Perkara yang buruk dijadikan sempadan. Perkara yang elok dijadikan teladan". In shaa Allah akan ku jadikan sejarah lepas sebagai batu loncatan untuk ku berubah. Selagi ada peluang, aku harus merebutnya. aku tak mahu menjadi orang yang rugi untuk melepaskan peluang yang terpampang di depan mata kerana peluang bukan sentiasa hadir. Akan aku bangkit semula dari tidur yang sangat panjang. Lena yang asyik dibuai mimpi-mimpi indah. Aku yakin pada diriku. Aku boleh melakukannya kerana aku adalah seorang manusia yang telah dicipta oleh Yang Maha Pencipta sebagai khalifah di muka bumi ini. Akulah sebaik-baik kejadian. aku harus segera sedar hakikat itu.

Namun, aku tetap manusia yang lemah. Hamba yang kerdil.Yang tak mampu berbuat apa-apa tanpa bantuan dan izin-Nya. Ya Allah, aku memohon dari-Mu..kuatkanlah keyakinan dan iltizamku untuk terus berubah..Amiin..