23 Oktober, 2012

Wanita Umpama Epal

بسم الله الر حمن الر حيم


Epal yang kurang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringi…

Pengajarannya, janganlah dikau wahai wanita merendahkan darjatmu hanya semata ingin berteman. Setiap dari kita sudah tetap akan jodohnya, tetaplah berada pada darjat istimewamu, pastinya lelaki yang terbaik sahaja berjaya ke tempat kedudukanmu.
Jangan pula terlalu bangga diri, keras hati, dan merasakan dirimu terbaik kerana tiada lelaki ingin wanita sebegini. Biarlah malumu menjadi perhiasan, akhlakmu menjadi perlindungan, dan kelembutanmu sebagai kelebihan.


 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

cerita tentang..JODOH..

بسم الله الر حمن الر حيم

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.




akan bersambung... =)



 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

09 Oktober, 2012

Pergi..

بسم الله الر حمن الر حيم


Dalam kehidupan ini
ada banyak hal yang harus dijalani
ada banyak pilihan yang harus diambil
salah satunya adalah
pergi

Kau takkan pernah sanggup mengusir pergi
takkan bisa menghindar dari pergi
hanya pergi yang mampu mengalahkan pergi

Terkadang kita memang harus pergi
meninggalkan kenangan manis
meninggalkan sesuatu yang kita cintai
meninggalkan semua yang telah lama dijalani

Terkadang kita memang harus pergi
untuk sebuah mimpi dan harapan
untuk memulai lebih baik
untuk berbuat lebih banyak
untuk memperbaiki semuanya

Biarkan aku berjalan bersama pergi
belajar banyak hal dari pergi
langkah ini tak mungkin terhenti
semua sudah digariskan-Nya

Bawalah semangatku dalam hari-harimu
semangat yang telah bersemi dalam satu musim
jangan pernah takut dan sedih
karena sesudah pergi ada kembali


 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

dalam...

بسم الله الر حمن الر حيم
 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ


Dalam kegembiraan ada kedukaan
Dalam kepuasan ada keinginan
Itulah lumrah itulah kehidupan
Dalam pencarian ada ketidakpastian
Dalam penulisan ada kecelaruan
Apa yang sedang aku merepek ini
Oh ya…
Aku perlukan dia
Tetapi di mana dia ketika aku memerlukan
Kadangkala kehadirannya menghiburkan
Kadangkala kehadirannya menyedihkan
Akukah atau diakah yang menyedihkan
Dalam kemerapuan ada kebenaran
Adakah ini benar atau Cuma sekadar anggapan
Tak mungkin dia bersandiwara di hadapanku
Ini hanyalah Cuma tanggapanku
Sungguh baik ku rasa dirinya
Tak mungkin dia cuba melukakan hatiku
Perlahan…senyap…
Bagai api dalam sekam
Oh… tidakku sanggup rasanya
Tolonglah jangan perlakukan ku begini
Mungkin kehadiranku hanyalah sekadar Cuma
Menghilangkan diri itu tidak pasti
Tetapi dia tetap ada di HATIKU… =)

Wang Ulu
2039
140912

 sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....