18 Mei, 2012

hati

Hati manusia…siapa yang boleh menilai.. 

Niat seseorang…siapa yang tahu..

Terlalu senang mengatakan orang itu begitu,,begini..

Setiap orang memiliki perilaku dan tabiat yang berbeza

Jika dia berbeza dari kita, jangan mencemuh..jangan mengata..sebab

Itu gaya dia.itu cara dia..

Mana tahu dia diam kerana

Tak mahu menambah dosa..

Dia mengasingkan diri kerana

Sudah terlalu banyak dosa yang ditanggung..

Mana tahu dia sedang menangis sendirian..

Biarkan dia..

Dia masih mempunyai Tuhan

Dia masih mempunyai pegangan

Selagi dia tak melangkaui batasan agamanya…

Jika tidak ingin mengambil tahu..

Jangan buat-buat tahu…

Dia dengan cara dia… =)