17 Januari, 2011

Ustaz dan Gadis

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan

13 Januari, 2011

PAKU-PAKU DI TIANG

بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ


 Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang
anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
 menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,
 suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan
 lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya
amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan
 seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.
 Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii
 terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
 pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau
 berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang
ini.
 Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan
ku cabut keluar dari tiang ini."
 Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia
 akan
 memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai
 berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut
keluar paku dari tiang.
 Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
 tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas.
 Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan
 tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan
tiang itu dipenuhi dengan paku-paku.
Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.
 Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
 menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
 Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
 berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula
 sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.
 Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.
Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan
sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut
paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang
Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal,
hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang
 tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan
 berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya keluar sekarang.
Tidakkah kamu gembira?
 Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
 gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.
 "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.
 Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar
katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut
lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."
Sekian,,.. 
  sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....