27 Disember, 2012

Aku Menunggu Kau di Kaki Langit..


aku menunggu kau di kaki langit..
namun kau mencari aku dibalik mendung awan..
lantas kita berdua terus menanti..
menadah tangan sambil menadah hujan..
minta kau menanti aku di tempat selayaknya kita bertemu…
memecahkan segala dinding menghalang..
mencipta syurga di dunia sebelum meraih syurga yang hakikat..

ikhlas.
bukan utama berada di sisi..tetapi perlu sentiasa dihati..
jangan aku kau biarkan hilang kalbu
entah berapa lama
entah berapa jarak kita berada.
aku sentiasa menyayangi mu ..
tolong jangan lupakan namaku
dalam tadahan doamu..
kita harus redha dan percaya akan setiap takdir dan kehendak ALLAH
tapi jangan kita melupakan ukhwah terjalin antara kita..
kerana aku sentiasa menyayangimu..


dia sukar melupakan


memaafkan mampu

melupakan itu mungkin sukar..

jangan salah diri dia yang tak mungkin melupakan segala luka-luka gurisan tangan kamu

sekurang-kurangnya dia bermurah hati memaaafkan segala perbuatan kamu..

bukan bermakna dia masih berdendam

tapi dia sukar melupakan

derita dan perit yang ditanggungnya sendiri..

biarkanlah dia..

berjalan dengan takdirnya

dan kamu berjalan dengan takdir kamu

walaupun satu ketika terdahulu

kamu pernah berjalan bersama-sama di atas satu jalan takdir yang sama...

25 Disember, 2012

sampailah di saat ini

sampailah di saat ini.

sungguh aku x puas hati.

kenapa?mengapa?bagaimana?

Ahh..suka hati aku la..

banyak tanya pulak..

Asal kau x boleh tanya?

Sebab semua jawapan ada dalam diri kau.

Nak tau jugak? Bedah la diri kau tu.

Kau tanya kalau kau mati sebab bedah perut tue nak buat apa?

yang kau bedah betul2 tue knapa?

aku rasa kau tak gila.

Tapi kenapa macam gila ja.

HAHAHAHA..best kot ada menatang nie..boleh tayeb2..merapu sorang2..pastu ada org stalk..kekekeke

Awak nk stalk yeeeee...hahaha..jangan risau..mungkin benda berguna suatu masa nanti..

Ketika mana aku tak lagi hadir di hadapan mu....

Waaaaaaa........last2 kau jiwang siot..kau apahal???

huuuuuuuuuuuu..letih dah merapu..jiom..tidowwwww.....@_@

zZZZzzzZZZzzzzZZZZZ

perut kenyang. hatiku senang. jiwaku lapang.

perut kenyang. hatiku senang. jiwaku lapang.

mataku mengantuk. tubuhku lentuk. jariku lenguk.

selamat malam. ;)

dah malam ka?

peduli apa aku.

jom tidur!!

tak nak?

Tak pa..Tak paksa pun

Daaaaa........

25 Disember...

بسم الله الر حمن الر حيم

25 Disember..apa ada pada tarikh ni? Yup..penganut Kristian menyambut Hari Krismas..setiap tahun setiap kali tarikh ni menjelang. Seluruh dunia di beri cuti umum. Tapi di sini bukanlah ingin ku ceritakan tentang hari itu. Tarikh ni antara tarikh yang di ingati oleh keluarga tercinta.

Apa yang berlaku sebenarnya pada tarikh ni?Tak lain tak bukan. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Abah yang pertama. 61 tahun yang lepas la.hehe.. Tarikh 25 Disember 1950. Anak kelahiran Rantau Panjang, Kedah, dilahirkan sebelum negara merdeka oleh pasangan suami isteri, Allahyarham Bakar dan Allahyarhamah Kalsom. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat,,Amin..

Alhamdulillah dalam usia sebegini Abah masih dikurniakan kesihatan yang baik. Pada tahun ni juga Abah dah berpeluang menunaikan haji. Syukur Alhamdulillah.

Selamat hari ulang tahun, abah..:)


Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik. dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan keberkatan..amin..Ya Rabb..



 Ø§Ù„سلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ



24 Disember, 2012

Wajah Baru..

بسم الله الر حمن الر حيم

 Ø§Ù„سلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Perghhh..Blog nie dh berwajah baru. Mcm mantap ja..hehe. Blog mcm banyak follower ja.Tak kisah pun. Blog ni pun buat untuk suka2. Untuk berkongsi apa yang di rasa. Untuk meluahkan apa di hati. Supaya orang tue dekat di hati..haha. Tolong jangan terasa k.. =) Terima kasih untuk awak yang sudi menbaca setiap entri dalam blog saya..sayang awak..haha..

Saya bosan la hari ni..awak buat apa kat rumah??. Message pun lambat ja berbalas. Pastu awak message saya.Saya pulak lambat balas. Xpa..biasa la tu. Bila kat rumah kita ada komitmen lain..small matter.

Rindu, rindu jugak..ingat tanggungjawab dan berikan cinta pada yang berhak dulu..you can do it, my beloved frend :) ok..dah tadak idea..

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

22 Disember, 2012

Istimewa Untuk Ku

Entry ini bukanlah karangan ku sendiri. Aku ingin berkongsi dan untuk peringatan diriku sendiri sebagai seorang lelaki. Surat cinta dari seorang wanita kepada lelaki. Untuk dibuat pedoman dalam mencari makna hidup seorang lelaki.

Entry Asal : Nak baca Surat Cinta saya? Istimewa untuk Lelaki


Jgnlah kamu nikah dgn lelaki yg belum beriman.Dan jgnlah kamu nikah dgn perempuan yg belum beriman..Sesungguhnya orang2 itu akan menarikmu ke neraka.Sedang orang beriman akan menarikmu ke syurga.. Firman allah dah jelas dlm al-quran 






Baeklah....






Dah selalu sangat.


Ku lewati entri-entri berkenaan wanita,


indahnya wanita,


istimewanya wanita,


hebatnya wanita,


di mana-mana saja,


semua bercerita tentang ana


Eh?


Wanita maksudku.


=.=”



Lelaki.


Ada yang bercerita, tapi jarang yang gemar bercerita.


mungkin kerana keminoritian mereka,


dan mereka tidak seistimewa wanita,


kenapa?


kerana memang dah Allah ciptakan begitu.


Wanita itu perhiasan dunia dan lelaki?


Yang menikmati perhiasan-perhiasan itu.



Hari ini,


ana mahu bercerita tentang lelaki.


Si lelaki yang mendampingi wanita,


Si lelaki yang gersang tanpa wanita,


Si lelaki yang obses dengan wanita.


Erm, begitukah?


Mungkin…





Lelaki.


Kena banyak sabar.


Bukan kena, wajib sabar.


Dugaan lelaki hebat,


sana-sini mereka berdepan dengan maksiat,


di mana-mana lelaki akan berdepan dengan wanita-wanita yang tak menutup aurat,


hebatkan lelaki kalau sabar,


lelaki kena sabar banyak dalam menundukkan pandangan,


bagi yang tak sabar,


pandangan akan menjelajah saja,


menikmati santapan dan juadah mata yang terbuka luas.


Andai rasa koleksi dosa masih belum cukup,


lelaki silalah dongakkan pandangan dan keluarlah dari kepompong sabar.


Pilihlah jalanmu lelaki,


mahu sabar atau mahu sengsara?



Lelaki.


Kena banyak diam.


Ya. Diam beserta kehadiran sabar yang tinggi.


Lelaki, jangan mudah melempar pujian, menabur kata-kata indah,


hanya kerana cantiknya wanita, comelnya perempuan, cutenya girl itu.


Sabar, sabar.


Alah. Baru cantik sikit, dah nak puji berguni-guni,


Eh lelaki, tak perlu tu semua.


Untuk apa?


Pelik benar ana , tatkala melewati laman Facebook, laman Twitter, mahupun blog-blog,


masing-masing puji memuji kecantikan wanita.


Pernah ana terbaca di Fan Page seorang artis wanita yang muslimah, pada ruangan gambar-gambarnya,


huh. Penuh dengan lambakan pujian!


“Ee, awak comel la”


“Awak cantik! Super cantik!”


“Cantiknya awak…” Bla, bla, bla…


Tambah kesal, bila tengok komen-komen itu dari lelaki!




Ah. Hancur luluh perasaan ku.


Eh, ana tidak cemburu. ana hanya kesal yang amat. Bukan sedikit punya kesal. Tapi amat.


Kesal apabila ana lihat sendiri, lelaki yang boleh dikatakan baik dan faham agama, juga sewenang-wenangnya berkata,


“Si Fulana itu sangat cantik.”


Eh. Kalau cantik mana sekalipun, tak perlu lah dizahirkan kata pujian itu. Simpanlah kata-kata itu, balut baik-baik, simpan dalam hati.


Dan yang paling baiknya, pujilah Allah yang mencipta wanita cantik.


Lelaki, sabarlah dalam melihat wanita-wanita cantik, juga ‘mahalkanlah’ pujian kecantikanmu, simpan untuk isterimu.


Pilihlah jalanmu lelaki,


mahu diam atau mahu jadi lelaki murah?



Lelaki.


Kena banyak jalan.


kena banyak mengembara, kena luas pemandangan, kena jauh perjalanan.


Kalau malas merantau dan mengembara,


sila jangan jadi lelaki,


buat malu kaum saja.


Lelaki itu pemimpin, ketua dan khalifah.


Lelaki soleh aset berharga untuk agama, andai kurang pengalaman, kurang perjalanan,


bagaimana mungkin lelaki boleh jadi pemimpin?


Erm, untuk diri sendiri saja mungkin.


Buat malu kali kedua.


Nah lelaki, pilihlah jalanmu.


Mahu berjalan atau sekadar duduk di tepi tangga?



Lelaki.


Selalu ku intai-intai,


masih ada kah lelaki yang setia mengunjungi Rumah Allah?


ada kah lagi lelaki yang tidak jemu-jemu mencintai Rumah Allah?


masih punyakah lelaki begitu?




Duhai lelaki,


Sayang sekali, jika kamu lelaki yang liat untuk menjejak kaki ke Rumah Allah.


Sayang dua kali, jika kamu lelaki yang suka menjauhi Rumah Allah.


Sayang tiga kali, jika seumur hidupmu lelaki, kamu belum pun pernah menjadi imam di mana-mana Rumah Allah.


Ah, berbanyak-banyak rasa sayang,


jika kamu lelaki, tidak menjadikan Rumah Allah rumah kedua bagimu!


Sayang yang teramat sayang, jika kamu lelaki, berasa kekok pabila berada di Rumah Allah.


Sayang!


Jika kamu lelaki, hanya reti solat di dalam rumah.


Lelaki, 


Pilihlah jalan mana yang engkau mahu!


Mahu ana sayang sikit atau mahu ana sayang bertan-tan?



Lelaki.


Kena jadi gentleman.


Gentleman bagi tafsiranku jangan disalah faham,


gentleman yang ana mahukan, apabila si teruna bersabar dalam hubungan lelaki dan perempuan.


Gentlemannya lelaki itu apabila dia tidak menyentuh wanita,


tidak sewenang-wenangnya berdua dengan wanita,


tidak berani mendekati rapat dengan wanita,


juga tidak sebebasnya membawa anak dara ke hulu ke hilir.


Ah. Beranikah lelaki yang membaca tika ini, menjadi gentleman menurut tafsiranku?


Ada berani?


Lelaki itu nampak hensem bila perhubungannya terjaga.


Lelaki itu nampak kacak bila dia menjaga wanita dengan keindahan peribadi akhlaknya.


Lelaki itu memang bergaya bila dia berjaya untuk menjadi gentleman yang penyabar.




Hebat!


Sekarang tinggal kamu pilih,


mahu jadi gentleman atau mahu jadi poyo.





Lelaki.


ana cuma luah apa yang ana rasa berpandu iman dan akal, petunjuk dari Ilahi.


ana cuma rasa, lelaki semacam pilihan di atas kini kian susut.


Kian pupus dari hari ke hari.


Kenapa?


Kerana lelaki silap memilih. Mereka silap perhitungan.


Silap perhitungan pada persimpangan menuju Ilahi.



Allah.


Jiwa ku remuk memikirkan ini, umat akhir zaman.


Sebagaimana ISLAM hadir dalam keadaan asing, juga akan kembali dalam keadaan asing,


begitulah juga lelaki yang soleh, yang bijak dalam memilih,


akan terasa asing dengan norma masyarakat akhir zaman.



Ah. ana lupa, pada hakikatnya,


lelaki soleh itu sukar dicari, kerana wanita yang solehah juga sukar untuk dijejaki.


Jika soleh berkurang, apatah lagi solehah.


Begitulah!



Lelaki.


Bijaklah memilih.


Bijaklah dalam menjadi yang soleh.


Bukan main-main. Bukan saja-saja.



Pesan ku untukmu lelaki,


Jangan tergesa mencari solehah, kalau diri belum soleh!


Pesan ku untukmu wanita,


Kamu wanita, jangan terhegeh mencari soleh, kalau diri belum solehah!


Jadi solehah, jadi soleh, bukan cari solehah dan cari soleh.





Alhamdulillah.


# Salam cinta buat lelaki!


Kerana Allah.