Indahnya
cinta jika ia disulami sutera kasih sayang yang berpaksikan serta
bersandarkan pada Al-Quran dan Sunnah. Bercerita tentang cinta, teringat
penulis dengan mutiara kata ini: “Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintakan Allah, cinta itu akan kekal abadi kerana Allah tidak akan
mati.” Allahumma solli a’la Saidina Muhammad. Untunglah hamba-hamba
Allah yang tidak jemu meletakkan cinta di tangga teratas buat Allah swt.
Ya, cinta Allah lah cinta yang paling ‘High Class’. Allah Maha
Pengasih, Maha Penyayang, sesungguhnya tiada yang lebih baik cintanya
melainkan cinta dari-Nya. Jika ingin mencintai dan dicintai Allah, kita
perlulah senantiasa mengingati-Nya.
Firman Allah swt yang bermaksud:
”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar Ra’du : 28)
Apabila
hati tenteram mengingati Allah swt, semakin mudah kita menyemai cinta
terhadap segala suruhan Allah dan membenci segala larangan Allah swt.
Oleh itu, segumpal darah dalam tubuh kita yang dipanggil hati ini perlu
dipelihara sebaiknya, kerana di situ lah terbitnya rasa cinta. Semakin
sebati Allah di jiwa kita, semakin terurus dan tersuluh matlamat
kehidupan kita sebagai hamba Allah. Allahumma solli a’la Saidina
Muhammad.
Antara cara-cara untuk mengingati Allah swt adalah seperti berikut:
· Zikrullah (menyebut dan memuji Allah swt)
· Solat (solat wajib dan sunat)
· Istighfar dan meminta keampunan dari Allah swt
· Melakukan amar ma’ruf nahi mungkar
· Menghindari perbuatan ma’siat
· Bersahabat dengan orang-orang yang berilmu dan soleh
· Membaca, mempelajari dan mengamalkan Al-Quran
· Bersyukur dan yakin dengan bantuan Allah
· Merenung tanda-tanda kebesaran Allah
“Selangkah
kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita.”
Bayangkan pula betapa hebatnya cinta Allah buat kita jika kita mempunyai
walau sekelumit rasa cinta buat-Nya. Allahuakbar, nescaya kita tidak
tertanggung kehebatan cinta Allah.
Doa memohon teman yang dicintai Allah:
“Ya
Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMU dan cinta orang-orang
yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat
menghantarkanku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu lebih
kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”(Hadith
riwayat Tirmidzi)
Kesimpulannya
di sini, jika kita letakkan cinta pada ibu bapa, adik-beradik,
sahabat-sahabat kerana Allah, cinta tersebut akan membuahkan keberkatan,
ketenangan serta kebahagian buat pemilik-pemilik cinta tersebut.
Penulis menyeru sahabat-sahabat supaya saling berkasih-sayang sesama
manusia semata-mata kerana Allah swt, nescaya kita akan memperolehi
kebahagiaan yang abadi dan kemanisan cinta sebenar yang tidak terperi.
Allahu’alam
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
p/s:~ credit to Meniti Cinta Illahi
0 komen:
Catat Ulasan