18 Mac, 2013

Prolog Aku Bercerita Tentang Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin ku nukilkan satu cerita tentang aku dan dia. Namun tak termampu rasanya menukilkan sesuatu yang belum pasti penamatnya. Namun akan ku cuba lakarkan sedikit demi sedikit sehingga penamat cerita tentang aku dan dia. Apa yang akan ku lakarkan mungkin tak akan sama apa yang kami lalui kerana kenangan tidak mudah di gambarkan dengan kata-kata. Walaupun ceritanya tidak seratus peratus sama akan ku cuba mengingat saat-saat aku bersamanya. Akan ku lakarkan kenangan aku dan dia di sini. Mudah-mudahan walau tiada jodoh di antara kami tulisan ini dapat mengimbau kembali apa yang telah berlalu. Aku tidak menjanjikan yang sempurna tetapi cukuplah sekadar tatapan kita bersama. 

Namun, sesuatu yang tak terjangka telah berlaku. Aku dan dia bermasam muka lagi. Ketidak fahaman antara kami masih jua berlaku. Aku menyangkakan hujan hingga ke petang rupanya gerimis menyinggah di tengahari. Apakah antara kami tiada persamaan? Saling mencari titik perbezaan. Tiada kejujuran pasti tiada kepercayaan. Namun keikhlasan jangan sesekali dipersoal. Biarlah terserlah melalui perbuatan jangan sesekali menilai hati. 

Kini, aku menjadi tawar hati untuk meneruskan lakaran penulisanku…aku ingin berhenti di sini. Aku letih. Aku penat. Biarlah aku berehat dahulu sebelum menyambung perjalanan yang entah bila akan terhenti…

Aku dan Roda

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Oh. Hidup ini umpama roda. Kekadang di atas kekadang di bawah. Kekadang di bawah mengilis tahi di jalanan. Namun, apapun jua yang berlaku harusku basuh kotoran itu. Takkan ku biarkan kekotoran itu terus mengering sendiri. Tak mahu jijik dipandang orang. Biarlah hilang bersama bauan. Biarlah terus harum sepanjang perjalanan biarpun akan terpaksa mengilis lagi...


13.03.13

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ


Hari ini aku terbangun pada jam 6.00 pagi setelah seorang kawanku telah membuka pintu bilik. Aku terkejut. Cahaya terang benderang terus menerobos memasuki ruang-ruang kamar tidurku walaupun lampu bilikku tidak terpasang. Cahaya dari luar sudah cukup membuatkan aku rimas. Terpaksa jua aku bingkas bangun kerana jika aku terlambat satu saat pasti aku harus menunggu giliran yang lebih lama untuk aku mandi pada pagi ini. Bermalasan aku bangun dari katil menuju ke ruang tamu di luar untuk mencapai tuala ku yang di gantung di ampaian.  Namun aku teramat kecewa kerana sepantas kilat seorang rakan meluru ke arah bilik mandi. Ini bermakna aku harus menunggu giliran untuk mandi. Aku tidak terus menyambung tidurku bimbang giliran ku diambil orang lagi. Aku bersiap-siap dengan tuala ku lilit di pinggang dan dilabuhkan ke bawah lutut menunggu masa untuk mendahului sesiapa sahaja yang cuba memintasku. Tak akan aku izinkan di pintas lagi. 

Sebaik sahaja kawanku melangkah keluar dari bilik mandi sepantas kilat jua aku mencapai sabun mandi dan terus memasuki bilik mandi itu. Pada permulaannya niat di hati ingin aku melepaskan hajatku dahulu tetapi memandangkan ada lagi yang belum mandi aku tangguhkan niat suci ku itu. Aku teruskan pemandianku. Seusai mandi aku bercukuran namun setelah beberapa langkah menuju ke kamar untuk menukar sepersalinan pakaian, tiba-tiba perutku memulas-mulas meminta supaya isinya di keluarkan. Baru saja menapak membuat pusingan180 darjah selayak seperti seorang yang sedang berkawad, aku dapati tandas sedang di gunakan. Sungguh kecewa aku pada saat itu. Muka ku membiru akibat menahan isi perut yang meronta-ronta minta dilepaskan. Aku cuba melangkah ke rumah bersebelahan. Sekali lagi tamparan hebat buatku kerana semua tandas digunakan. Pada ketika inilah sumpah seranah ingin ku luahkan namun dapat jua aku telan kembali apabila mendapati tandas di rumahku kembali kosong. Oh, betapa leganya aku ketika itu! Aku rasa sungguh bersyukur. Tanpa melengahkan waktu walaupun sesaat aku memnggunakan kesempatan yang ada walaupun aku sudah kesempitan waktu kerana aku harus berbaris pagi pada hari ini memandangkan hari ini hari rabu. Perhimpunanan ko-kurikulum.

Pada pagi ini aku diberikan tugas untuk menaikkan Jalur Gemilang dan aku telah sempurnakan tugasku dengan jayanya pada pagi ini. Alhamdulillah. Inilah ceritaku pada pagi Rabu..13.03.2013.