Kubersyukur kerana
menjadi khalifah di muka bumi ini
Hidup ini akan
kuteruskan dengan penuh semangat dan tabah
Walau apa jua badai
yang datang
Ingin kujulang
impian, menegakkan cita-cita
Aku akan bangun dari
segala kesusahan
Hari ini aku akan
berlari dengan satu tujuan
Yang jitu menggarap
seluruh kejayaan
Biarpun sejarah
silamku pernah silap dan gagal
Dan itu adalah aku
Kini kuhimpun
segalanya
Dan kuseret untuk
merancang
Satu kemenangan
sebagai kemuncaknya
Akulah singa itu!
Hari ini aku berlatih
dan bertatih
Biar sasaranku tepat,
tegas, cekap, pantas dan rasional
Sempadan pada cita-citaku
ialah Allah dan Rasul-Nya
Benar pada segala
matlamat, hakikat dam makrifat
Akulah singa itu!
Santun pada segala
adat alam dan fitrah kejadian
Biarku menjadi insan
yang merangkul setiap kejayaan
Seperti Sayidina Umar
al-Khattab
Singa yang
dikeluarkan oleh Rasul daripada dirinya
Atau Umar Abdul Aziz
Menjadi singa
kebenaran dan ketelusan
Kini aku sudah sedia
memburu
Untuk manggapai
sasaran, bebanan dan tanggungjawab
Dan risiko ini
memaksa aku menjadi seperti seekor singa
Tafakur sebentar aku
di sejadah peta dunia
Membayangi kehebatan
Ilahi
Menikmati
anugerah-Nya
Menjalankan tugas
sebagai khalifah
Ibarat singa yang
gagah perkasa
Di dunia belantara.
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....
0 komen:
Catat Ulasan