28 Jun, 2013

~Damai~

 [12.00 AM];Jumaat; Tikam Batu

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

 Detik semakin berlalu. Setiap hari terlalu cepat aku rasa masa berlalu. Hari ini sudah menjangkau 28/6/2013. Sedih, rindu, pilu, gembira, celaru dan pelbagai macam lagi yang aku alami. Mungkin ini yang di katakan kehidupan. Hidup sebagai seorang manusia. Yang sudah sepastinya sebagai seorang hamba. Kita hidup seperti seorang musafir, tidak perlu berlama-lama apabila singgah di sesuatu tempat kerana desstinasi di tuju belum pun sampai. Tapi ke mana arah tuju? Tanyalah pada hati. Apakah tujuan hidupmu? Jika tujuan untuk bersenang-lenang di kemudian hari, usahalah menuju ke arah itu. Bukan hanya menunggu dan cuma angan-angan. Angan-angan itu perlu tapi mesti disertai dengan tindakan. Barulah angan itu bertukar menjadi kenyataan.

Bercakap soal angan-angan, memang aku seorang yang sangat kuat beragan. Tapi itu dulu, zaman sekolah. Sekarang kurang walaupun ada juga kadang-kadang. Macam-macam yang aku berangan tapi biarlah aku saja yang tahu. Seronok sebenarnya bila berangan-angan. Bila nak tidur, mesti fikiranku akan melayang-melayang. Nak jadi itu, nak jadi ini. Bila kita berangan kita boleh jadi apa yang kita mahu walaupun benda tu mustahil dalam alam realiti. Sebentar tadi aku baru selesai menonton tv. Entahlah, bila aku tengok cerita dalam tu kadang-kadang terasa sesutu yang hadir dalam diri. Sesuatu yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seperti satu kenangan yang sangat indah walaupun mungkin tak pernah kita lalui perkara itu.

Saat ini, aku rasa kosong. Aku rindukan sesuatu. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku rindukan. Mungkin sudah selama 22 tahun aku bernafas di atas bumi ini, pelbagai macam perkara telah aku lalui, pelbagai tempat telah ku singgahi, pelbagai ragam manusia telah ku temui. Sampai satu detik, mungkin bukan dalam kehendak kita perkara itu akan datang semula seperti sekarang. Di larut malam dalam kegelapan, aku terdengar bunyi kipas yang memusing-musing, bunyi enjin kereta dan motosikal di jalanan membuatkan aku terkenang saat di kampung. Tidak banyak kenangan ku di kampung. Maksudku suasana yang nyaman, rumah berdinding dan berlantaikan kayu, beratapkan zink. Aku dibesarkan dalam suasana itu tetapi aku membesar dalam erti kata lain aku mula berfikir dalam suasana yang berbeza walaupun agak serupa.

Hutan. Kita tahu apa itu hutan. Bagiku hutan sangat mendamaikan. Tempat yang menyimpan seribu satu rahsia alam. Hijau, bunyi unggas, pokok-pokok kayu, pokok-pokok renek, basah, daun kering, air terjun, bunyi air dan macam-macam lagi yang dapat ditemui dalam hutan. Bila dalam hutan kita akan rasa sangat kerdil. Cuba bayangkan kita pandang ke arah gunung atau bukit dari kejauhan saujana mata memandang. kita nampak gunung tu kecil ja. Tetapi cuba bayangkan kita berdiri di dalam hutan, kita akan rasakan betapa kerdilnya kita pada ketika itu. Sedarlah kita bahawa ada satu kuasa yang maha besar yang menciptakan semua itu. Pada ketika ini sedarlah bahawa kita cuma makhluk yang tak punya apa-apa kuasa. Bersyukurlah pada Yang Maha Esa kerana telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian.

Oh, damainya aku ketika ini. Saat aku keseorangan. Ada tempat untukku meluah rasa. Aku rindu saat itu. Saat bersama dia. Walaupun kisah yang banyak duka dari gembira. Namun dia masih tetap bersamaku. Seringkali aku melukakannya, dia tetap memendam rasa. Walaupun berkali-kali kecewa, namun dia tak pernah kenal erti putus asa. Adakah ini yang dinamakan "CINTA"?

Sekian, terima kasih.

Yang merindui kedamaian,
AKU


0 komen: