27 Jun, 2013

27.06.13

 27.06.2013/Khamis[8.32 AM];Tikam Batu;Cerah

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku meninggalkan bumi kedah. Setelah sekian lama aku di tempat orang kini aku perlu pergi lagi. Kali ini kaki aku akan melangkah ke Negeri Sembilan Darul Khusus atau dengan panggilan nogori. Dengan izin Tuhan, jika tiada aral melintang aku akan bertapa di sana selama lebih kurang tiga tahun.  Aku tidak tahu adakah keputusan drastik yang aku ambil ini adalah sesuatu yang betul atau salah. Aku mengatakan keputusan drastik kerana secara tiba-tiba perkara ini datang dan aku perlu membuat keputusan segera. Apa yang boleh aku katakan keputusan ini aku ambil kerana aku ingin lari dari masalah yang aku hadapi. Aku bertanya pada diriku,'betulkah keputusan aku ini? Kenapa aku tidak selesaikan masalah yang aku hadapi? Kenapa dengan cara ini?' Itulah soalan yang sering menerjah ruangan fikiranku, kenapa? Kenapa? Kenapa?. Tetapi, keputusan telah di ambil. mustahil untuk aku menolak lagi kali ini. Aku sudah tidak boleh berpatah lagi. Bujur lalu melintang patah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Beberapa perkara yang perlu di selesaikan sebelum mendaftar telah ku selesaikan namun apa perkara major yang sering menghantui aku. Pemeriksaan kesihatan. Tidak pula ku tahu pemeriksaan kesihatan kali ini perlu mengambil masa yang lama. 3 minggu kata seorang staf Klinik Kesihatan Sungai Petani. Katanya lagi, aku tidak perlu bimbang kerana aku cuma perlu menerima tawaran kiemasukan dahulu iaitu mendaftar pada tarikh yang ditetapkan, 1 Julai 2013. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan oleh pihak kolej. Jika benar apa yang dikatakan, sudah semestinya aku tidak harus bimbang. Namun aku tetap bimbang. bimbang sesuatu yang tidak terjangka akan berlaku. Mudah-mudahan urusan aku di permudahkan.

Seringkali aku mencari maklumat berkenaan dengan latihan yang bakal aku lalui dan apa prospek kerjaya aku selepas ini. Walaupun kelihatan mudah di mata orang, namun belum tentu mudah di rasa orang yang menanggung. Satu kerjaya yang amat memerlukan pengorbanan, masa, wang, kasih sayang, impian dan segala macam pengorbanan. Tidak semua mudah seperti angan-angan. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Semoga aku diperkuatkan luar dan dalam. Aku sedar, permulaan adalah sesuatu yang paling sukar. Kesukaran itulah yang perlu aku hadapi bukan lari. Setiap masalah dicipta untuk diselesaikan bukan diabaikan. Selama mana lagi aku harus lari dari masalah. Sudah tiba masa untuk aku bertindak. Umur masa menjangkau 22 tahun telah banyak mengajar aku. Aku perlu matang dari segala aspek walaupun kadang kala sikap lama sukar disingkirkan. Di sinilah memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan yang telah banyak memberi dorongan. Aku berhenti ketika aku di atas. Bukan kehendak tetapi takdir. Aku sedar walaupun aku seperti tidak diperlukan namun masih ada yang senang dengan kehadiran ku. Kehadiranku kadang kala rasa di hargai namun kadang kala rasa dibenci. Lumrah alam. Hukum manusia. Manusia lihat pada wajah bukan pada hati. Aku pula tidak bangga dan jauh sekali membenci. Aku sedar diri. Aku kenal siapa diri. Pada awak yang seringkali memberi dorongan, kata semangat kepada saya ketika mana saya jatuh, tersungkur, kecewa, kesunyian. saya ucapkan ribuan terima kasih walaupun saya tak dapat balas apa yang telah awak beri pada saya semoga Allah dapat membalasnya di dunia dan akhirat. Jangan bersedih, Allah bersama kita. Asalkan kita tetap di jalan-Nya dan sentiasa menjadi hamba yang bertaubat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
AKU

0 komen: