16 Januari, 2013

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah
Diri ini sangat bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana Engkau telah mengizinkan hamba-Mu ini meneruskan sisa-sisa hidup di atas dunia ciptaan-Mu..alhamdulillah...

Sekali lagi ucapan alhamdulillah kerana pada hari ini telah selesai peperiksaan akhir semester 1 untuk Tahun ke-2 di UniMAP. Walaupun pada awalnya rasa sungguh perit akibat kesilapan diri sendiri, tetapi Allah masih jua memberikan ruang dan peluang dan kemudahan untuk menjawab peperiksaan. Nikmat kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan sangat ku bersyukur. Tiada halangan atau rintangan yang maha hebat terpaksa aku lalui..Alhamdulillah...

Sesungguhnya banyak yang telah ku pelajari sepanjang semester ini. Ingin ku sesali yang lepas sudah tiada guna kerana bak kata P.Ramle.."barang yang lepas jangan dikenang. kalau dikenang meracun diri". Ada benar kata-kata itu. Kalau terus di kenang perkara yang telah berlalu hanya membuat dan menambah duka di hati. Biarlah itu terus menjadi sejarah yang tersemat di lubuk hati kecil ini.

"Perkara yang buruk dijadikan sempadan. Perkara yang elok dijadikan teladan". In shaa Allah akan ku jadikan sejarah lepas sebagai batu loncatan untuk ku berubah. Selagi ada peluang, aku harus merebutnya. aku tak mahu menjadi orang yang rugi untuk melepaskan peluang yang terpampang di depan mata kerana peluang bukan sentiasa hadir. Akan aku bangkit semula dari tidur yang sangat panjang. Lena yang asyik dibuai mimpi-mimpi indah. Aku yakin pada diriku. Aku boleh melakukannya kerana aku adalah seorang manusia yang telah dicipta oleh Yang Maha Pencipta sebagai khalifah di muka bumi ini. Akulah sebaik-baik kejadian. aku harus segera sedar hakikat itu.

Namun, aku tetap manusia yang lemah. Hamba yang kerdil.Yang tak mampu berbuat apa-apa tanpa bantuan dan izin-Nya. Ya Allah, aku memohon dari-Mu..kuatkanlah keyakinan dan iltizamku untuk terus berubah..Amiin..

0 komen: