السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
"Jangan tinggalkan orang yang sayang kita dan kejar orang yang kita suka".
Ayat ni buat aku berfikir panjang. Apa maksud yang cuba di sampaikan dalam ayat ni? Aku cuba huraikan sikit pasal ayat ni..mungkin macam ni maksudnya..
Situasi:
Seorang perempuan sayang seorang lelaki tapi pada masa yang sama lelaki tu ada minat perempuan lain dan bukannya perempuan yang sayang dia tu. Pada masa yang sama juga lelaki tu tak 'cukup' sayang dengan perempuan yang sayang dia. Maksud sayang di sini bermakna perasaan lebih dari seorang kawan. Jadi lelaki tu tinggalkan perempuan yang sayang dia sebab dia sayang atau suka kat perempuan lain.
Okei. Tu apa yang aku faham. Jadi muncul lah ayat-ayat jiwang macam kat atas. Mungkin apa yang pereka ayat kat atas tu berfikir macam ni..rugi lah sebab tinggalkan orang yang sayang pada kita dan pergi pada orang yang kita suka dan tak semestinya orang yang kita suka tu sayang kat kita. Mungkin kat sini dia nak bercakap pasal jodoh. Okei. Kalau bercakap pasal jodoh, sejauh mana pun kita tinggalkan orang yang sayang kita sebelum ni tapi kalau dia adalah jodoh kita, dia tetap akan menjadi milik kita. Mungkin sekarang perasaan sayang kita pada dia belum ada. Tapi percayalah bak kata Uztaz Kazim Elyas..
"Kalau dah jodoh tak ke mana. Oh! Adinda idaman hati Kanda".haha..terjiwang pulak..Akhirnya sayang tu akan datang jugak. Percayalah! Percayalah! Percayalah! Sesungguhnya Jodoh tu rahsia Allah. Walaupun perit macam mana pun kita rasa sekarang sebab di tinggalkan atau ambil keptususan untuk meninggalkan 'si dia' tu semua asam garam kehidupan. Bukan semuanya mudah macam novel atau drama-drama tv. Dah dapat agak ending macam mana. Sebab semua tu skrip di tulis manusia sendiri. Tapi ingatlah siapa yang menulis skrip hidup kita? Yup. Tetap Allah SWT. Jadi semuanya dah tertulis. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya. Kita sebagai manusia sering kali tersilap jangka, tersalah sangka. Kerana apa? sebab kita lupa. Kita cuma makhluk manusia.
Percayalah pada jodoh. Jodoh di tangan Tuhan.
Ada satu lagi ayat. Lebih kurang macam ni la bunyinya..
"Dalam hidup kita,Tuhan akan menghadirkan seorang insan yang betul-betul menyayangi diri kita. Jika kita tak pernah sedar dan ambil tahu tentang kehadirannya dan apabila semua sudah berlalu dan dia telah pergi meninggalkan kita. Ketika itulah baru kita sedar akan kehadirannya namun walaupun ketika itu kita menyesal semuanya tak akan kembali".
Kata-kata di atas tak dapat dipastikan sumbernya. Mungkin itu cumalah rekaan Doktor Cinta sahaja atau memang benar. Aku cumalah hamba yang dhaif. Namun, aku masih percaya pada jodoh. Jodoh yang ku maksudkan adalah cinta antara dua insan; lelaki dan wanita. Aku tak pandai untuk mengarang kata. Cuma sekadar luahan rasa apa yang ku fikirkan.
Sebenarnya cinta itu luas maknanya. Cukuplah sedikit yang aku luahkan kali ini. Semoga apa yang aku lalui sekarang adalah sesuatu yang betul. Aku masih mentah dalam kancah kehidupan yang penuh ranjau. Belum dapat membezakan mana satu persahabatan mana satu cinta. Maafkan aku wahai 'sahabat'. Aku betul-betul buntu. Semoga Allah meredhoi kita. Insha Allah.. Wallahualam.
Assalamualaikum.
*mood entry: memujuk diri di kala sunyi -_-
*gambar sekadar hiasan |
0 komen:
Catat Ulasan