بسم الله الر حمن الر حيم
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang
menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu
dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda
dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan
usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet”
yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di
dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap
anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci
anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu
dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam
keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang
terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada
bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk
menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat
murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan
hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat
kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan
anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang
lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati
dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal
pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa
selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok
untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci
kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan
dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki
lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki
tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah
terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada
bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan
akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan.
Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang
saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering
merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah
tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
akan bersambung... =)
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....
23 Oktober, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan