Tak pernah dia mengungkapkan kata pergi
Tak pernah dia mengatakan kalau tak dapat berjumpa lagi
Tapi sungguh ku tak sangka
Pada pagi ini perkataan itu muncul darinya
Pada ketika aku akan melangkah ke destinasi aku mengenali
dia
Pada saat aku rasa sangat hampir untuk bertemunya
Tapi segalanya bagai hancur luluh
Tak dapat aku menahan air mata ini
Terasa sebak didada
Hanya satu persoalan dalam benakku
Adakah dirinya sakit?
Dia pernah menyatakan demikian padaku
Adakah kerana sakitnya itu membuatkan dia berkata begitu
Tapi kenapa secara tiba-tiba
Adakah tak tertahan lagi sakitnya?
Ya Allah..kuatkanlah hambamu itu dalam menghadapi ujian-Mu
Ya Syafi..Yang Maha Penyembuh..sembuhkanlah dia
Kembalikan semula keceriaan dan kesihatannya
Aku ingin melihat senyumannya lagi
Aku ingin melihat gelak ketawanya lagi
Tapi itu jika benar tanggapanku
Jika lain sebab mengapa dia berkata demikian
Sungguh aku tidak tahu..
Aku hanya mampu berdoa agar Allah mengurniakan keselamatan
pada diri dan keluarganya
Sesungguhnya dialah sahabat yang datang memberikan cahaya
ketika aku dalam kegelapan
Memberikan kompas ketika aku kehilangan arah
Tiada ungkapan yang dapat kugambarkan mengenainya
Yang ku tahu aku amat menyayanginya sebagai seorang sahabat
SAHABAT SEJATI..
Semoga kita berjumpa lagi SAHABAT…
“kalau lepas ni sy xdpt jmpa awak lg,sy nk
awak tau yg awak adalah shbt sy yg trhebat dan sgt istimewa.trima kasih sbb
jdikan hari2 sy warna warni seperti pelangi.doakan sy dalam stiap kiriman doa
awak..”
InsyaAllah sahabat akan ku terus mendoakan
mu..=’)
Kau sahabatku kau teman sejati….
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....
0 komen:
Catat Ulasan