02 Julai, 2012

~Kacang Lupakan Kulit~

بسم الله الر حمن الر حيم


 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ


Ada satu kisah, semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah. Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani ketika keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apabila keluar sendiri.  Induknya iaitu batang pohon kacang, menyatakan kesanggupan menerima permintaan sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan kacang.

Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnyasedemikian rupa. Inilah yang membuatkan  ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cangkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.

Kini tibalah saat menuai. Petani mula memetik setiap batang kacang dengan memilih kacang yang berbiji dua,tiga ataupun lebih bagi dijual dengan harga yang berbeza. Keadaan sudah berubah. Kini sang biji tidak lagi berada di dalam tanah tetapi berada dalam udara bebas yang  lebih segar dan tidak menakutkan. Semua pemetik kacang lebih fokuskan kepada biji kacang, bukan kepada kulitnya. Tiada seorang pun yang menyatakan betapa biji kacang yang enak dan besar adalah kerana kulit yang begitu kuat melindunginya. Sang biji pun ‘lupa’ kepada kulit yang membungkusnya sekian lama semasa sang biji dipuji-puji kerana keindahan dan kelazatan yang dinikmati manusia. Bukan hanya itu, semasa kulit dibuka dan biji diambil, kulitnya dibuang begitu sahaja. Tiada ungkapan terima kasih diucapkan sang biji kepada si kulit. Hal yang serupa pun terjadi semasa sang biji mulai bercambah mengeluarkan tunas baru. Serta merta kulit perlahan-lahan dilupakan bahkan busuk tanpa duketahui sang biji yang lebih menumpukan perhatian kepada tunas baruyang mula tumbuh. Ini kisah ynag indah bagaimana kita sering lupa mengucapkan terima kasih bagaikan kacang lupakan kulit.


 Sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....=)

0 komen: