13 Julai, 2012

ORaNg DaLam CErMin


Sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa

 yang anda mahu

dan dunia menjadikan anda raja sehari.

Pergilah ke cermin dan tataplah dirimu.

Dengarkanlah apa yang dikatakan oleh orang

 dalam cermin itu.

Ia bukan bapa, ibu ataupun isterimu

 yang selalu berpihak kepadamu

Orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu

adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu.

Ia adalah orang yang harus anda layani

 kerana ia dan andalah yang akan menempuhi

 segalanya sampai akhir.

Dan anda berjaya melalui ujian terberat dan

 paling bahaya

 sekiranya anda dan orang dalam cermin

tersebut berjaya menjadi kawan.

Anda boleh sahaja menipu seluruh dunia

 serta membuat semua orang bertepuk tangan.

Namun, yang anda dapatkan hanyalah sakit hati

 dan air mata,

 sekiranya anda menipu orang di dalam cermin itu!  

Dale Winbrow
 MAN IN THE MIRROR


0 komen: