Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

07 Julai, 2012

Cara Memberi Yang Berkesan



1.      Gunakanlah hatimu dalam memberi dan dengarkan hati nuranimu yang akan mengajarkan bagaimana mahu memberi.

2.      Gunakanlah akal budi mengenai apa yang akan diberi serta berapa banyak yang perlu diberi. Hal ini penting supaya kita tidak hilang keutamaan.


3.      Pertimbangkan untuk memberi ‘pancing’ bukan ‘ikan’, yang terbaik kita juga perlu menambahkan kaedah pemberian yang benar dengan cara ‘memancing’.

4.      Jangan pernah menghitung-hitung atau menyesali apa yang sudah diberikan, apalagi mempamerkannya. Sekiranya tangan kananmu memberi, usahakanlah supaya jangan sampai diketahui tangan kirimu.


5.      Dorongi orang yang sudah merasakan pemberian kita supaya pada lain kali dia menberi pula kepada orang lain yang memerlukannya.

02 Julai, 2012

Wacana Mengembangkan Hidup


Thomas Jefferson mengemukakan 10 wacana yang kita pilih bagi mengembangkan hidup yang lebih baik

1.    Jangan pernah menunda sampai esok apa yang dapat dilakukan hari ini.

2.    Jangan menyusahkan orang lain dengan perkara yang boleh kita lakukan sendiri.

3.    Jangan gunakan wang sendiri sebelum kita memilikinya.


4.    Jangan beli apa yang tidak kita perlukan hanya kerana harganya murah. Sebenarnya ia jadi mahal bagi kita.

5.    Keangkuhan perlu dibayar lebih mahal dibandingkan dengan rasa lapar, dahaga, dan kedinginan.


6.    Kita tidak pernah menyesal kerana makan sedikit.

7.    Lupakan kesalahan-kesalahan masa lalu dan utamakan prestasi lebih besar pada masa depan.


8.    Selalu tunjukkan muka yang berseri-seri dan berikan senyuman kepada setiap makhluk hidup yang kita temui.

9.    Berikan sebanyak mungkin waktu bagi memperbaiki diri hingga kita tidak punya waktu lagi mengkritik orang lain.


10. Jadilah orang yang terlalu besar untuk berasa bimbang, terlalu terhormat untuk marah-marah, terlalu kuat untuk takut dan terlalu bahagia untuk membiarkan terjadinya pergaduhan.


Sekian..terus menjadi warga Malaysia yang Gemilang dan Cemerlang =)

KEMENANGAN


.: KEMENANGAN :.

Kau seorang yang biasa memperkatakan

sesuatu yang hebat

akan kau capai suatu masa nanti

Sebenarnya kau hanya mahu menunjukkan

betapa luas pengetahuanmu

dan berapa jauh jalan yang akan kau tempuhi

Setahun sudah berlalu

Gagasan baru apa yang muncul di fikiranmu?

Berapa banyak peristiwa bernilai yang sudah

kau lakukan?

12 bulan penuh dalam tanganmu

Apa yang sudah kau lakukan bagi meraih

peluang-peluang baru?

Dalam senarai nama-nama orang yang berjaya,

namamu tida di situ

Jelaskan, mengapa?

Bukan peluang yang tidak kau miliki

Seperti biasa… kau tidak melakukan apa-apa

Herbet Kauffman


~Kacang Lupakan Kulit~

بسم الله الر حمن الر حيم


 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ


Ada satu kisah, semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah. Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani ketika keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apabila keluar sendiri.  Induknya iaitu batang pohon kacang, menyatakan kesanggupan menerima permintaan sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan kacang.

Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnyasedemikian rupa. Inilah yang membuatkan  ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cangkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.

Kini tibalah saat menuai. Petani mula memetik setiap batang kacang dengan memilih kacang yang berbiji dua,tiga ataupun lebih bagi dijual dengan harga yang berbeza. Keadaan sudah berubah. Kini sang biji tidak lagi berada di dalam tanah tetapi berada dalam udara bebas yang  lebih segar dan tidak menakutkan. Semua pemetik kacang lebih fokuskan kepada biji kacang, bukan kepada kulitnya. Tiada seorang pun yang menyatakan betapa biji kacang yang enak dan besar adalah kerana kulit yang begitu kuat melindunginya. Sang biji pun ‘lupa’ kepada kulit yang membungkusnya sekian lama semasa sang biji dipuji-puji kerana keindahan dan kelazatan yang dinikmati manusia. Bukan hanya itu, semasa kulit dibuka dan biji diambil, kulitnya dibuang begitu sahaja. Tiada ungkapan terima kasih diucapkan sang biji kepada si kulit. Hal yang serupa pun terjadi semasa sang biji mulai bercambah mengeluarkan tunas baru. Serta merta kulit perlahan-lahan dilupakan bahkan busuk tanpa duketahui sang biji yang lebih menumpukan perhatian kepada tunas baruyang mula tumbuh. Ini kisah ynag indah bagaimana kita sering lupa mengucapkan terima kasih bagaikan kacang lupakan kulit.


 Sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....=)

10 Januari, 2010

The 5 practices of Exemplary Leadership

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

dan salam sejahtera..

The 5 practices of Exemplary Leadership.....benda ni saya dapat waktu saya mengikuti kursus ketua rumah semasa saya di tingkatan 5 dulu...saya rasa daripada saya simpan saja lebih baik saya berkongsi dengan orang lain..kalau simpan pun tak berguna pun...bacalah apa prinsip2 untuk menjadi ketua yang bagus..cubalah...

  1. MODEL THE WAY
  • latih diri menjadi contoh kepada orang lain
  • latih apa yang di amalkan oleh pemimpin
  • orang akan menghormati kita jika kita buat apa yang kita cakap
  • leader is not title but action
  • pemimpin harus bertindak dahulu   
 D W Y S Y W D
  • Do What You SayYou Would Do
      2. INSPIRE A SHARED VISION
  • berkongsi visi yang sama dengan anak buah
  • inspire ---> bagaimana ketua merangsang untuk menuju ke arah visi yg sama
  • jika anda mempunyai visi, anda harus membayangkan bagaimana anda mahu menuju ke arah visi itu.
  • vision is dream---vision must be visualitation.
  • semua orang harus bekerja untuk menuju satu visi yang sama.
  • orang bawahan mesti tahu apa yang ketua mahu.
  • bayangkan visi yang di kehendaki
  • beritahu visi yang dikehendaki
  • pemimoin harus mempunyai semangat yang berkobar2 untuk menuju visi.
       3. CHALLENGE THE PROCESS
  • jangan buat perkara yang tak jadi
  • buat sesuatu yang berlainan/pelik dari orang lain
  • tukar strategi 
       4. ENABLE OTHERS TO ACT
  • jangan halang kelebihan orang lain
  • jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada.
  • bagi peluang kepada orang lain dan percaya kepadanya. 
       5. ENCOURAGE THE HEART
  • hargai jasa orang lain 
Itulah sikit sebanyak ilmu yang saya ada...insyaAllah saya akan berkongsi lebih banyak perkara di masa hadapan....

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....