18 Mac, 2013

Prolog Aku Bercerita Tentang Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin ku nukilkan satu cerita tentang aku dan dia. Namun tak termampu rasanya menukilkan sesuatu yang belum pasti penamatnya. Namun akan ku cuba lakarkan sedikit demi sedikit sehingga penamat cerita tentang aku dan dia. Apa yang akan ku lakarkan mungkin tak akan sama apa yang kami lalui kerana kenangan tidak mudah di gambarkan dengan kata-kata. Walaupun ceritanya tidak seratus peratus sama akan ku cuba mengingat saat-saat aku bersamanya. Akan ku lakarkan kenangan aku dan dia di sini. Mudah-mudahan walau tiada jodoh di antara kami tulisan ini dapat mengimbau kembali apa yang telah berlalu. Aku tidak menjanjikan yang sempurna tetapi cukuplah sekadar tatapan kita bersama. 

Namun, sesuatu yang tak terjangka telah berlaku. Aku dan dia bermasam muka lagi. Ketidak fahaman antara kami masih jua berlaku. Aku menyangkakan hujan hingga ke petang rupanya gerimis menyinggah di tengahari. Apakah antara kami tiada persamaan? Saling mencari titik perbezaan. Tiada kejujuran pasti tiada kepercayaan. Namun keikhlasan jangan sesekali dipersoal. Biarlah terserlah melalui perbuatan jangan sesekali menilai hati. 

Kini, aku menjadi tawar hati untuk meneruskan lakaran penulisanku…aku ingin berhenti di sini. Aku letih. Aku penat. Biarlah aku berehat dahulu sebelum menyambung perjalanan yang entah bila akan terhenti…

0 komen: