السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
Hari
ini aku terbangun pada jam 6.00 pagi setelah seorang kawanku telah membuka
pintu bilik. Aku terkejut. Cahaya terang benderang terus menerobos memasuki
ruang-ruang kamar tidurku walaupun lampu bilikku tidak terpasang. Cahaya dari
luar sudah cukup membuatkan aku rimas. Terpaksa jua aku bingkas bangun kerana
jika aku terlambat satu saat pasti aku harus menunggu giliran yang lebih lama
untuk aku mandi pada pagi ini. Bermalasan aku bangun dari katil menuju ke ruang
tamu di luar untuk mencapai tuala ku yang di gantung di ampaian. Namun aku teramat kecewa kerana sepantas
kilat seorang rakan meluru ke arah bilik mandi. Ini bermakna aku harus menunggu
giliran untuk mandi. Aku tidak terus menyambung tidurku bimbang giliran ku
diambil orang lagi. Aku bersiap-siap dengan tuala ku lilit di pinggang dan
dilabuhkan ke bawah lutut menunggu masa untuk mendahului sesiapa sahaja yang
cuba memintasku. Tak akan aku izinkan di pintas lagi.
Sebaik
sahaja kawanku melangkah keluar dari bilik mandi sepantas kilat jua aku
mencapai sabun mandi dan terus memasuki bilik mandi itu. Pada permulaannya niat
di hati ingin aku melepaskan hajatku dahulu tetapi memandangkan ada lagi yang
belum mandi aku tangguhkan niat suci ku itu. Aku teruskan pemandianku. Seusai mandi
aku bercukuran namun setelah beberapa langkah menuju ke kamar untuk menukar
sepersalinan pakaian, tiba-tiba perutku memulas-mulas meminta supaya isinya di
keluarkan. Baru saja menapak membuat pusingan180 darjah selayak seperti seorang
yang sedang berkawad, aku dapati tandas sedang di gunakan. Sungguh kecewa aku
pada saat itu. Muka ku membiru akibat menahan isi perut yang meronta-ronta
minta dilepaskan. Aku cuba melangkah ke rumah bersebelahan. Sekali lagi
tamparan hebat buatku kerana semua tandas digunakan. Pada ketika inilah sumpah
seranah ingin ku luahkan namun dapat jua aku telan kembali apabila mendapati
tandas di rumahku kembali kosong. Oh, betapa leganya aku ketika itu! Aku rasa
sungguh bersyukur. Tanpa melengahkan waktu walaupun sesaat aku memnggunakan
kesempatan yang ada walaupun aku sudah kesempitan waktu kerana aku harus
berbaris pagi pada hari ini memandangkan hari ini hari rabu. Perhimpunanan
ko-kurikulum.
Pada
pagi ini aku diberikan tugas untuk menaikkan Jalur Gemilang dan aku telah
sempurnakan tugasku dengan jayanya pada pagi ini. Alhamdulillah. Inilah
ceritaku pada pagi Rabu..13.03.2013.

0 komen:
Catat Ulasan