22 Disember, 2012
"Belon Hitam pun Dapat Terbang"
Assalamualaikum...
Ini kisah seorang kanak-kanak Negro yang miskin, berkulit hitam legam, tinggal di sebuah kampung kecil di pedalaman Amerika.
Pada suatu hari kanak-kanak itu berjalan-jalan di pinggir sebuah pasar, dia tidak mempunyai wang dan tiada tujuan hendak membeli apa-apa di pasar itu. Hanya sekadar melihat-lihat.
Dia terpandang seorang penjual belon sedang berteriak memanggil pelanggan. Belon-belonnya berwarna-warni dan semuanya terapung di udara.
Ada sesuatu yang terlintas di fikiran anak kecil itu. Lantas dia menghampiri si penjual belon.
"Kamu mahu belon yang mana?" tanya penjual belon.
"Saya tidak mahu membeli belon!" jawab si anak perlahan. "Saya cuma mahu bertanya."
"Apa dia?" tanya si penjual kehairanan.
"Mengapa pakcik menjual belon-belon yang berwarna-warni? Mengapa tidak ada belon berwarna hitam? Belon berwarna hitam tidak boleh terbang ke, pakcik?" tanya si anak bertalu-talu dan bersungguh-sungguh.
Si penjual terpegun dan merenung si anak kecil itu dengan mata berkaca.
"Anakku, bukan warna belon yang membuatnya boleh terapung. Apa yang ada di dalam belon itu yang membuatnya terbang apabila dilepaskan."
Ada cahaya yang terbit dari wajah si anak lalu bertanya lagi. "Maknanya belon warna hitam pun boleh terbang jugalah?"
"Ya. Benar anakku! Belon warna hitam pun boleh terbang tinggi seperti belon-belon lain," balas si penjual.
"Terima kasih, pakcik. Terima kasih," balas si anak lalu melompat girang dan berlalu pergi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 komen:
Catat Ulasan