25 Disember..apa ada pada tarikh ni? Yup..penganut Kristian menyambut Hari Krismas..setiap tahun setiap kali tarikh ni menjelang. Seluruh dunia di beri cuti umum. Tapi di sini bukanlah ingin ku ceritakan tentang hari itu. Tarikh ni antara tarikh yang di ingati oleh keluarga tercinta.
Apa yang berlaku sebenarnya pada tarikh ni?Tak lain tak bukan. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Abah yang pertama. 61 tahun yang lepas la.hehe.. Tarikh 25 Disember 1950. Anak kelahiran Rantau Panjang, Kedah, dilahirkan sebelum negara merdeka oleh pasangan suami isteri, Allahyarham Bakar dan Allahyarhamah Kalsom. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat,,Amin..
Alhamdulillah dalam usia sebegini Abah masih dikurniakan kesihatan yang baik. Pada tahun ni juga Abah dah berpeluang menunaikan haji. Syukur Alhamdulillah.
Selamat hari ulang tahun, abah..:)
Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik. dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan keberkatan..amin..Ya Rabb..
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

0 komen:
Catat Ulasan