13 Januari, 2011

PAKU-PAKU DI TIANG

بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ


 Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang
anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
 menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,
 suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan
 lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya
amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan
 seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.
 Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii
 terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
 pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau
 berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang
ini.
 Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan
ku cabut keluar dari tiang ini."
 Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia
 akan
 memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai
 berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut
keluar paku dari tiang.
 Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
 tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas.
 Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan
 tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan
tiang itu dipenuhi dengan paku-paku.
Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.
 Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
 menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
 Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
 berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula
 sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.
 Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.
Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan
sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut
paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang
Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal,
hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang
 tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan
 berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya keluar sekarang.
Tidakkah kamu gembira?
 Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
 gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.
 "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.
 Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar
katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut
lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."
Sekian,,.. 
  sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

31 Disember, 2010

~tahun baru 2011~

بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

setahun telah berlalu..
2010 akan berlalu meninggalkan kita
2011 akan menjelang tiba..
putaran masa yang cukup pantas..
setahun yang bagaikan sebulan..
 sebulan bagaikan seminggu..
 seminggu bagaikan sehari..
 sehari bagaikan 1 jam..
 1 jam bagaikan 1 minit..
1 minit bagaikan 1 saat..
itulah masa..ia akan pergi meninggalkan kita tanpa kita sedari..
melainkan kita menggunakannya dengan sepenuhnya tanpa membazirkan walaupun sedikit..
tapi pengisian masa yang telah kita lakukan..
adakah dengan aktiviti2 yang memberi seribu satu manfaat kepada kita?
atau sekadar melakukan perkara sia2?
tepuk dada,,tanya iman..
sekian coretan saya pada kali ini..
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

20 November, 2010

~suatu kisah~

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya... Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg  kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu... penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak... katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri... dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan... namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri... telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam... dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu.. membelek2-nya dengan penuh keharuan... tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras. hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat.. sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi nasihat... sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati..
wassalam.

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....