السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang
anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,
suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan
lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya
amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan
seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.
Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii
terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau
berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang
ini.
Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan
ku cabut keluar dari tiang ini."
Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia
akan
memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai
berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut
keluar paku dari tiang.
Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas.
Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan
tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan
tiang itu dipenuhi dengan paku-paku.
Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.
Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula
sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.
Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.
Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan
sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut
paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang
Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal,
hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang
tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan
berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya keluar sekarang.
Tidakkah kamu gembira?
Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.
"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.
Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar
katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut
lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."
Sekian,,..
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

0 komen:
Catat Ulasan