Kecepatan
masa berlalu
Sungguh
ku tak sedari
Bagaikan
kelmarin aku baru tiba di sini
Disambut
oleh senyumannya yang mekar
Kerana
dia tahu dia tidak akan sunyi lagi
Hatiku
juga berbunga riang apabila melihat wajah sucinya
Sudah
lama aku berpergian kini aku kembali
Tapi
hari ini aku sudah perlu melangkah pergi
Meninggalkan
yang ku sayangi
Meninggalkan
wajah yang sungguh tak akan puas ku tatap
Aku
tahu dalam hatinya meratap sedih
Dirinya
akan ditinggalkan lagi
Dia
akan sunyi kembali
Tapi
sungguh dia tak akan luahkan
Seribu
satu perasaannya ketika ini
Demi
melihat aku melangkah pergi untuk mencapai mimpi
Dialah
seorang IBU
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....


0 komen:
Catat Ulasan