Dia
duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si
dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di
hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang
duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah
solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh
kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh
pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa
suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku
dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku
dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni.
Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak
boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan
laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu
lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop
tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di
pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di
matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran
ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang
isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah
dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya
Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman
hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam
nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak
keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt
dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira.
Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah
bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap
dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin
kereta di matikan. ______________________________
___
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi
imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak
solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia
jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku.
Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau
boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di
pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku
bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat
adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya
mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta
sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku
sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau
tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang
duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata
Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan
suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir
apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha!
Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman
menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si
Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba
si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya
apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa
yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu….
“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang
di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak
reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi
duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat
dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis,
kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam
diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita
sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu
suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir
di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa
bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan
mengangkat kening. Syahirah senyum. _____________________________________
“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan
isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa
dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak
garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak
sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia
cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng
surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
_________________________________
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat
Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu
untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya
nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai
solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu
Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri
bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman
kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan
mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman
sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah
beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan
Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke
syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu
Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan
mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata
dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama
untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau
kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk
menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai
bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang
suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau
tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu
lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah
ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada
risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat
betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang
lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang
pahala.” __________________________________
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ
asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya
Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan
di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si
isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang
cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.
“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu
saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam.
Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di
seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca
doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul
dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?”
“..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap
perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni
last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak
senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi
Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya
siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman
seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak..
abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik
kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun
duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman
menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu
kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang,
nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa
itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam
budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa
benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang
best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita
tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu
itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan
sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap
Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah
senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam
untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin
selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong
langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita
tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka
melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam
pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta
kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan
Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la.
Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang
Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh..
haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke
bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan
tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli
tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan
terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran.
Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya
bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik
tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa
sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada
Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar
buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai
buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan
wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu
baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah.
Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt
berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan
tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb!
Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk
lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
_________________________________________________
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas
pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat
Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang
beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu
mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu
kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh
manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap
abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok
agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?!
hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa
jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi
memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua
bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya
tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!”
Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini
telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh
Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik
je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang
abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta
isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun
cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru,
Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. _____________________________
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh,
kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan
abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang
abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang
kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di
pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru
selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang
dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana
nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas
sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa
melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai
hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak
ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang
lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah
tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman
bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba
abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat
bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak
berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah
abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan
along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada
kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup
nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA
ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali
r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur
dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian
yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali,
bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2)
Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka
bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu
duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota
kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada
wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa.
Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar
semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah,
dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu
dulu… sekarang lain… _________________________ Assalammualaikum, abang
dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu
Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi
still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu
merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas beberapa
minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang
masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. –
Syahirah. Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
____________________________________
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak
terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email
kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke
dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang
please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang
terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni.
jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk
dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj.
Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat
nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak
perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” _________________________________
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta
perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil
Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman
diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak
berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang
ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati
abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya
pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk
dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi
Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak
macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum
kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah
hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa
mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya
dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah
sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah
terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?”
soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah
selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak
serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas
je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka
matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai
berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini,
dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama
hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari
katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke
reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai
dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta
maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya
selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah
dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi
isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut
abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak
sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti
abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan
senyum. “sayang awak juga.” _____________________________ Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau.
Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi
lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke
dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan.
Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit
akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat
tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit.
Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke
rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku
Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut
Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah
bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan
saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah!
Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.
Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak
suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan
Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya.
Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya
yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya!
Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah
dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa
dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman
jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah
saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap.
Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji
Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?”
mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut
Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”
Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat
lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir
Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu
berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu
membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
________________________________
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang
ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah
menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah,
Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang
menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.
Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria.
Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian
sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda
bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak
sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu.
Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu
tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari
luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di
tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya
lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di
ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu
ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu.
Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar
tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi.
Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya
puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu,
hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang
di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan
Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman
turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal
bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia
senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
“nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman
bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” _________________________________
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya
terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama
masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid.
Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman
memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat
malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya
ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu
lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya
sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah
di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan
lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk
membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman
mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang
lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya. ______________________________
_____________
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu.
Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah
Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak
tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah
makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi
melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak
bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung
dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda
kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa
yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang
baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam
keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu
bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di
azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya
jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari
kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang menanti. wallahualam.
2 komen:
like...=)
ni bukan cerita pendek,panjang nih...hehe..btw,nice one..
Semoga kisah ni menjadi renungan,InsyaAllah...
thanz fahiza.cerpen la tue.klw cerita pnjang dh jd novel..haha..InsyaAllah,,semoga menjadi renungan bt insan yg mahu mengambil pengajaran.. =)
Catat Ulasan