07 Januari, 2010

conteng

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

dan salam sejahtera....
setelah sekian lama saya menyepi sebab tak tahu nk masukkan apa dalam blog ni tapi alhamdulillah saya mengambil kesempatan cuti pertengahan sem ke-2 matrikulasi ni untuk memenuhi ruang2 dalam blog saya ni. saya tau blog saya ni x dak sapa yg masuk tapi saya tak kisah pun. saya rasa kepuasan dapat membina blog ni walaupun jarang di kunjungi.

di sini saya nak cerita sikit la pengalaman saya sepanjang pengajian saya di kolej matrikulasi perak selama satu setengah sem ni.pejam celik pejam celik sedar2 dah nak masuk sem akhir di matrikulasi ni..hahaha(sebenaqnya baru nak abis setahun ada lagi setahun di matrikulasi ni...insyaAllah)...selepas cuti ni..saya cuti dari 04/01/10 sampai 17/01/10...saya ada lebih kurang dua bulan setengah saja lagi sebelum final. peperiksaan inilah yang akan menentukan sama ada saya boleh meneruskan pengajian di matrikulasi ataupun diberhentikan...harap2 saya berjayalah untuk meneruskan pengajian di sini..

bumi Gopeng nie memang cantik..kalau tension belajar boleh la lepak2 sambil memerhatikan kan alam sekitar sebab Gopeng ni di penuhi dengan bukit bukau..sungguh mengasyikkan..kalu time pagi2 lepas subuh lagi menarik..boleh tengok matahari terbit di sebalik bukit.subhanallah..itulah ciptaan Allah...
kat matrikulasi nie jugak saya dapat mengenal pelbagai jenis ragam manusia...maklumlah ni baru pertama kali saya bergaul dengan kawan2 yang datang dari pelbagai negeri...macam2 loghat ada...tp yang paling saya tak paham dialek Kelantan...fuh...susah nak paham..kadang2 memang saya x paham lngsung apa yang depa ckp...saya masih ingat waktu pengenalan dalam kelas masa baru2 masuk dulu...kawan2 saya gelakkan saya sebab saya cakap loghat Kedah...saya pun x tahu kt mana yang lawaknya.....tapi saya tetap berbangga dengan negeri kelahiran saya...KEDAH DARUL AMAN.ada sorang tu kawan sebelah bilik saya mai dr KL dia nak ajuk cakap saya...Ya Allah punyalah huduh bunyinya dah macam geng2 'kelab it' pulak yang cakap..hahaha memang lawak.
adusss..saya sudah penat menaip.. lain kali saya menaip lagi...

sehingga berjumpa lagi........jadilah warga Malaysia yang Cemerlang....

0 komen: