بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
Ya Allah, mampukah aku menjadi seperti sel darah merah itu? Aku kagum dengannya. Aku kagum dengan ciptaanMu yang unik itu.
Ya Allah, sel darah merah itu hanya hidup selama 120 hari sahaja, tapi dia telah berjalan sejauh 480 km untuk mengangkut hemoglobin dan memastikan proses pertukaran gas berlaku dengan baik. Dia telah berusaha sebaiknya semasa hayatnya. Dia telah berjihad dan berjuang sehingga saat-saat penghabisan. Sukar untuk aku bayangkan bagaimana dia sanggup meredah 480 km untuk memastikan tugasnya dilaksanakan dengan baik.
Ya Allah, adakah aku mampu menjadi seperti sel darah merah itu? Mampukah aku untuk hidup berjuang dan berjihad sepertinya selama hayatku? Mampukah aku mengangkut beban dakwah ini seperti mana dia telah mengangkut hemoglobin? Mampukah aku memastikan manusia lain menerima sentuhan iman sepertimana dia telah memastikan sel-sel di dalam tubuhku menerima sentuhan oksigen? Mampukah aku berjalan jauh seperti dirinya untuk memastikan proses dakwah dan tarbiah berjalan?
Ya Allah, saiznya begitu kecil. Diameternya hanya 8 mikrometer. Tapi dia mampu melalui dan meredah laluan-laluan sempit sekecil 3.5 mikrometer untuk memastikan keseimbangan hemoglobin. Bagaimana mungkin dia melakukannya? Ya Allah, rupanya Kau tidak menjadikannya bersaiz bulat dan ‘cute’ seperti bola. Kau memberikannya kelebihan. Kau menciptanya dengan bentuk ‘biconcave disc’, sempit dan leper di tengah agar dia mampu menjadi fleksibel seperti ‘transformer’ untuk melalui laluan yang begitu kecil. Masya Allah, sungguh agung ciptaanMu.
Ya Allah, bagaimana dengan diriku? Aku tidak sekecilnya. Tapi apa yang telah aku lakukan? Kau juga telah memberikan aku kelebihan. Tapi apa yang telah aku lakukan dengan kelebihan itu? Mampukah aku merentasi jalan dakwah yang penuh onak dan duri ini seperti dirinya yang sanggup melalui laluan yang begitu sempit? Mampukah aku melaluinya agar keseimbangan dakwah dan tarbiah menyinari hati manusia sepertimana dia telah memastikan keseimbangan hemoglobin di dalam badanku?
Ya Allah, mampukah aku menjadi fleksibel dengan mad’uku seperti dirinya? Ya Allah, aku malu dengan dirinya. Dan aku bertambah malu padaMu yang mencipta diriku dengan seribu satu kelebihan. Aku punya tangan, tapi aku malas menulis untuk agamaMu. Aku punya kaki, tapi kakiku ini malas berjalan untuk menyebarkan dakwah. Aku punya mulut, tapi jarang sekali aku bercerita tentang deenMu. Aku malu, Ya Allah..Ampunkan diriku yang lemah ini, wahai Rabb yang Agung..
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Ali 'Imran:191)
-
Seekor burung betina tercedera di atas jalan raya yang sibuk pada suatu pagi. Maka terkial- kial si burung betina cuba untuk terbang semula tetapi tidak berjaya.
-
Pasangannya si burung jantan cuba membantu menyelamatkan nyawa si burung betina. Tubuh si burung betina yang tercedera digerak-gerakkan dengan sayapnya tetapi si burung betina tidak mampu mengepak lagi. Si burung jantan membawakan makanan kepada si burung betina dengan kasih sayang dan haru.
-
-
-
Ketika si burung jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian si burung betina mati terkulai. Si burung jantan sangat terpukul dan berusaha mengangkatnya.
-
-
Si burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan pujaannya yang telah terkapar mati kaku.
-
Sambil berdiri di samping tubuh si burung betina, si burung jantan kemudian “berteriak” dengan suara yang sangat menyedihkan.
-
Akhirnya si burung jantan menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuh si burung betina dengan sedih dan duka yang mendalam.
-
Pasangan burung ini dikhabarkan diambil fotonya di suatu wilayah di negara Republik Ukraina, saat burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya. Jutaan orang di Amerika dan Eropah menitiskan air mata setelah menyaksikan foto-foto ini.
-




